“Kenapa Tak Cakap Melayu?” – Shima Anuar Ditegur Netizen ‘Speaking’ Dengan Anak

Pelakon Shima Anuar ditegur oleh netizen kerana kerap menggunakan bahasa Inggeris apabila bertutur dengan anak-anaknya.

Terdapat seorang pengguna laman sosial Instagram itu mempersoalkan mengapa ibu bapa zaman sekarang suka ‘speaking’ daripada menggunakan Bahasa Malaysia.

“Kenapa mak ayah sekarang suka cakap orang putih dengan anak-anak mereka. Kenapa tak cakap Melayu atau Bahasa Malaysia?,” tulisnya.

Shima memberi respon dengan memuat naik paparan skrin mesej peribadi (PM) pengguna tersebut di IG Story miliknya.

Menurut Shima, dia mahu anaknya menguasai pelbagai bahasa sebagai persiapan apabila dewasa kelak.

“Nak bagi anak kuasai pelbagai bahasa. Senang untuk mereka bila besar nanti. Kalau saya boleh bercakap bahasa Cina (Mandarin) dan Tamil, saya juga akan ajar mereka bahasa itu.

“Alhamdulillah anak-anak saya fasih bercakap dan faham bahasa Melayu. Bukan hanya bahasa Inggeris semata-mata.

‘Kenapa boleh belajar banyak (bahasa), kenapa nak belajar satu saja?,” balas Shima.

Untuk info, Shima mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Mohd. Solih Toha pada 8 April 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mairan Sophia, 3 dan Mikhael Iman, 2.

Maya Basir