Kerajaan Wajar Tambah Pengeluaran i-Citra, Ubah Bayaran Dividen Kepada Struktur Berperingkat

KWSP disarankan menaikkan pengeluaran i-Citra dan mengubah pembayaran dividen kepada struktur berperingkat.

Cadangan itu diutarakan oleh Ahli Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini.

“Seperti kita sedia maklum, berjuta-juta rakyat terpaksa mengeluarkan caruman dari akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka pada tempoh pandemik ini melalui skim-skim seperti i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra yang telah saya perjuangkan bersungguh-sungguh.

“Seandainya kerajaan memenuhi tuntutan rakyat untuk menaikkan pengeluaran maksimum i-Citra dari RM5,000 kepada RM10,000, maka tanggungjawab kerajaan adalah untuk mencari jalan memulih dan memastikan agar pencarum dengan baki simpanan yang rendah, dapat menambah simpanan mereka dengan cepat,”
katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) di sidang Dewan Rakyat.

Belliau turut menyarankan KWSP mengubah pembayaran dividen KWSP kepada struktur berperingkat atau ‘multi-tier dividend structure’.

Menerusi kaedah itu pencarum yang memiliki baki simpanan yang lebih rendah akan menerima dividen yang lebih tinggi, supaya pembahagian keuntungan akan lebih memihak kepada mereka yang mempunyai baki simpanan rendah.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar kerajaan menaikkan had maksimum ASB kepada 400,000.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”