Kes Kluster Baru Ditemui Membabitkan 43 Orang Pelajar Malaysia Di Indonesia

Perkembangan terkini pandemik menemukan kes kluster baru di Malaysia. Menerusi Twitter rasmi KKM, sebuah kluster baru telah dikesan di pintu masuk antarabangsa.

Kes positif dipercayai dikesan dari kalangan rakyat Malaysia yang pulang daripada Indonesia melalui Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 16 April 2020.

Kluster terdiri daripada 43 orang pelajar

Kluster ini terdiri daripada 43 orang pelajar yang pulang dari Temboro, iaitu salah satu tempat yang telah diisytiharkan sebagai zon merah di daerah Magetan, Indonesia.

Daripada jumlah keseluruhan tersebut, seramai 34 orang telah dikuarantin di negeri Melaka dan sembilan orang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dr Noor Hisham turut berkata seramai 15,800 individu sudah menjalani proses berkenaan.

Menjadikan jumlah keseluruhan kes positif dari luar negara sebanyak 65 kes

Kes terbaru ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif membabitkan mereka yang pulang dari luar negara adalah 65 kes, dengan sebanyak 8,401 sampel telah diambil setakat ini. 

Selain kes import dari Jawa Timur, KKM juga jelasnya telah mengesan tiga kes dari Acheh, Indonesia dan masing-masing satu kes dari Turki dan Kalimantan, Indonesia.

Hal ini menunjukkan bahawa tindakan kerajaan untuk mengambil langkah untuk kuarantin dan menyaring semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara adalah bertepatan selain memastikan kes import tidak menjangkiti penduduk tempatan.

Sumber: Twitter KKM

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”