Takziah, Pembaca Berita Lagenda Farit Ismeth Emir Meninggal Dunia

Penyampai berita lagenda, Farit Ismeth Emir, 66 dilaporkan telah meninggal dunia pada hari ini di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor.

Berita pemergiannya itu dimaklumkan oleh anaknya sendiri iaitu Farzwa De-Attaher Emir atau lebih dikenali sebagai DJ Fuzz.

Berita itu juga turut dikongsi oleh bekas rakan setugasnya iaitu Rozimah Mahyiddin di laman Facebook lebih kurang satu jam yang lalu.

Allahyarham yang lebih mesra dengan panggilan ‘Pak Ngah’ merupakan pembaca berita dan lagenda yang dikenali dengan kredibiliti suaranya yang sangat berkarisma dalam menyampaikan berita.

Salam takziah Xtra ucapkan buat keluarga Allahyarham. Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

 

Syafiqa Irdina