Events By: Ad Ops September 6, 2019 @ 12:36pm

Menangi Wang Tunai RM 10K Di Karisma Jelajah Suria!

Suria kembali dengan penganjuran siri kedua Karisma Jelajah Suria bermula Sabtu ini!

Jelajah ini akan bermula pada hari Sabtu, 7 September  jam 3.00 petang yang bertempat di Central i-City, Shah Alam.  Sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada peminat, Jelajah Suria ini akan dilanjutkan ke Lembah Klang, Pantai Timur, Utara dan Selatan tanah air.

 

Tarikh 

 

Lokasi

 

14 September 2019

Kuantan City Mall, Pahang

21 September 2019

Angsana Mall, Johor Bahru

 

28 September 2019

Aman Sentral, Alor Setar

 

 

Antara barisan artis popular yang akan hadir ialah Ruffedge, Syafiq Farhain, Dayang Nurfaizah, Ara Johari, Exists, Sufian Suhaimi, Shima, Tajul, Muna Shahira, Nominos Band, Zack Zakwan dan Tuah Azmi. 

Anda juga boleh mendekati dan beramah mesra bersama mereka dan juga barisan penyampai Suria iaitu Fizi Ali, Issey, Feeya Iskandar, Sharifah Shahira, Suraya, Tyzo dan DJ Lin. 

 

 

Menangi Wang Tunai dan Hadiah Eksklusif dari Suria!

Menerusi jelajah ini, terdapat aktiviti menarik yang anda boleh sertai untuk memenangi wang dan hadiah eksklusif daripada Suria!  Antaranya, pertandingan mewarna KUNTUM dan pertandingan karaoke KiraOke Suria. 

 

 

Pertandingan mewarna KUNTUM ini adalah eksklusif kepada pelanggan Majalah Kuntum dengan penyertaan terbuka kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan berumur 6 hingga 12 tahun. Peserta perlu membawa pensel warna sendiri. 

Kepada anda yang gemar berkaraoke, ini peluang anda untuk memenangi sebahagian daripada wang tunai berjumlah RM10,000! Mudah sahaja caranya jika anda ingin menangi wang tunai ini, anda perlu join Pertandingan KiraOkeSuria dengan memuat naik video anda menyanyi selama satu minit di laman sosial Instagram anda berserta hashtag #KiraOkeSuria dan kapsyen ‘Saya rasa suara saya kira ok dan saya nak berentap di setiap Jelajah.

10 peserta akan dipilih untuk berentap di setiap lokasi Jelajah Suria pilihan mereka dan pemenang di setiap lokasi akan kembali bersaing di ‘Grand Finale’ KiraOke pada 12 Oktober ini.

Anda juga boleh dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web Suria www.suria.my dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia.

Ditulis oleh: Dina Azmi

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 4 Sep 2018

Nana Kongsi Rahsia Peribadi Dalam ‘Life Goes On’

Penyanyi lagu ‘Paling Comel’ ini turut memberitahu dia mengambil masa dua tahun untuk menyiapkan buku berkenaan…Tak sabar kami nak dapatkannya!

Hiburan Mon, 14 Oct 2019
Hiburan Fri, 11 Jan 2019

Takaaki Terry Bakal Saingi Bakat Faizal Tahir?

Dengan bakat menyanyikan lagu-lagu melayu, penyanyi yang berasal daripada Osaka, Jepun ini kedengaran selesa menyanyikan ‘Konnichiwa Dunia’ dalam Bahasa Melayu dengan sebutan yang sangat fasih.

Featured Wed, 24 Apr 2024

Intan Najuwa Tayang Beli Pengering Rambut ‘Special Edition’, Netizen Tinggal Komen Sarkastik – “Tak Sia-Sia Kahwin Lelaki Tua”

Tu namanya rezeki…. tak baik orang saja je tunjuk hari dryer tu korang pula pegi kaitkan husband dia … memang nak kena lah!👀💥

Hiburan Thu, 18 Aug 2022

Pernah Terfikir Jual Piano, Hazami Kini Mahu Kembali Menyinar

Alhamdulilah kehidupan Hazami semakin membaik. Semoga terus sukses dan bersinar!

Featured Fri, 30 Sep 2022
Figura Wed, 10 Jan 2024

[VIDEO] Putera Mateen & Dayang Anisha Selamat Bertunang

Putera Mateen dan Dayang Anisha bakal dinikahkan 11 Januari ini