Peguam Nurul Hafidzah Beri Pesanan ‘Pedas’, Anggap Netizen Tunjuk Kebodohan Diri Sendiri

Peguam bagi pengasas Rumah Bonda, Nurul Hafidzah Hassan dilihat antara yang paling lantang ‘bersuara’ di media sosial.

Malah, tindakan beraninya itu seringkali mendapat kecaman dalam kalangan netizen sehingga ada yang melabel pendapatan yang diperolehnya itu adalah haram seolah selangkah ke neraka.

Terbaharu, menerusi hantaran terkini Nurul Hafidzah di Instagram miliknya, beliau dilihat sempat memberikan pesanan ‘pedas’ terhadap pemfitnah (netizen).

Menurutnya, pendidikan undang-undang asas patut diberikan seawal di bangku sekolah lagi kerana, masih ramai masyarakat yang suka mempamerkan kebodohan maksimum mereka tanpa memahami perkara tersebut.

“Pendidikan undang-undang asas patut bermula dari sekolah. Sebab buktinya masih penuh merata-rata, orang-orang yang mempamerkan kebodohan maksimum, yang tak faham hujung pangkal, proses, sebab dan lain-lain. Tak kisahlah professional, terpelajar, dan apapun status sosial ekonomi mereka. Sama sahaja. 2×5,” tulisnya.

Walaupun tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun jelas sekali beliau merujuk kepada golongan pemfitnah yang sering melontarkan kecaman terhadap dirinya.

Bukan itu sahaja, Nurul Hafidzah juga sempat memberikan tips kepada mereka yang suka menyebarkan fitnah tanpa mengetahui pokok pangkalnya.

“Siapa-siapa yang nnak masuk syurga boleh ikut tips ni. Buat fitnah. Atau percaya fitnah yang dibuat. Sebarkan fitnah itu. Sambut menyambut fitnah. Puji-puji pemfitnah, jadikan idola dan buat persatuan pemfitnah. Buat sampai matlamat untuk fitnah tercapai.

“Kalau tak tercapai matlamat, jangan lupa tuduh mahkamah, tuduh dpp, tuduh peguam, tuduh saksi, tuduh polis. Kira tmbh fitnah-fitnah baru lah umph sikit nampak real perjuangan fitnah. Good luck.

“Benarlah senang nak suruh orang buat baik (amal maaruf) namun sukar nak suruh orang jangan buat jahat (nahi mungkar). Sebab kita mungkin akan terpaksa melawan dunia secara bersendirian,” katanya.

 

Terdahulu, ramai dalam kalangan netizen yang kurang senang dengan tindakan peguam ini kerana dilihat mempertahankan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun dalam kes penderaan melibatkan kanak-kanak Sindrom Down, Bella.

 

 

Sumber : Instagram

Salma Syahbuddin