Jadi Isteri Nombor 1 ATAU Nombor 2? Saya Nak Tenang Dan Berkahwin kerana Allah…” – Erra Fazira Enggan Kongsi Perihal Jodoh

Pelakon dan penyanyi popular, Erra Fazira mengakui dia kini enggan berkongsi dan bercakap soal jodoh.

Menurutnya, dia tidak mahu terlalu yakin kerana ia boleh mengundang takbur.

Berkongsi mengenai perkara itu, Erra Fazira atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 48, mengakui pernah termakan dengan kata-kata sendiri akibat terlalu yakin tentang kemahuannya dalam perkahwinan.

“Apa yang saya belajar, kita jangan cakap tak mahu itu ini, nanti kata-kata itu makan diri kerana saya pernah beberapa kali termakan apa yang saya katakan.

Justeru itu, dia tidak berani untuk bercakap soal menjadi isteri pertama atau isteri kedua.

“Jadi saya tak berani mengatakan saya hanya ingin jadi nombor satu dan tidak mahu nombor dua (isteri kedua). Saya nak tenang dan berkahwin kerana Allah,” katanya.

Pelakon yang sering mendapat jolokan primadona filem melayu ini menegaskan, usia yang semakin meningkat menjadikan pelantun lagu, Pasrah ini mengambil pendekatan untuk berdiam diri sahaja.

“Saya rasa tiada masalah (jika tidak umum) saya sudah kahwin atau nak berkahwin sebab kita bukan anak remaja yang baru hendak memulakan hidup.

“Bergantung pada keselesaan, jika tak mahu kongsi, diam lebih baik. Saya rasa dalam umur sekarang saya tak berhutang dengan sesiapa pun untuk hebahkan (hal peribadi).

“Saya cuma harap doakan semua lancar dan kalau ada masalah yang perlu saya berdiam, itu atas sebab saya enggan keluar lagi cerita bukan-bukan,” jelasnya.

Sumber : Kosmo

Salma Syahbuddin