Featured By: Salma Syahbuddin February 24, 2022 @ 2:51pm

Penerima BPR Layak Terima Bantuan PeKa B40 Sehingga RM20,000 Dengan Syarat…

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, kerajaan kini telah melaksanakan inisiatif terbaharu bagi membantu golongan berpendapatan rendah (B40).

Menerusi skim terbaharu yang ditawarkan ini, golongan berpendapatan rendah, berusia 40 tahun ke atas dan juga penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) layak menerima skim Peduli Kesihatan Untuk Kumpulan B40 (PeKa B40).

Skim ini bertujuan menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah dengan memberi fokus kepada penyakit tidak berjangkit.

Manfaat PeKa B40

Antara manfaat PeKa B40 adalah seperti berikut;

  1. Saringan kesihatan PERCUMA
  2. Bantuan alat perubatan sehingga RM20,000
  3. Insentif melengkapkan rawatan kanser – RM1,000
  4. Insentif tambang pengangkutan – RM1,000

 

Syarat Kelayakan PeKa B40

Antara syarat kelayakan penerima skim bantuan ini adalah;

  • Berumur 40 tahun dan ke atas
  • Penerima Bantuan Sara Hidup atau BPR

Untuk makluman, TIADA pendaftaran khusus yang diperlukan untuk mendapatkan bantuan yang ditawarkan. Sebaliknya, anda hanya perlu melayari portal rasmi PeKa B40 di www.pekab40.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 11 Aug 2018

Comelnya Anak Kedua Waris, Tihani Izz Nina

Cuma bezanya, bayi kami kali ini lebih berat berbanding abangnya yang hanya 2.46 kg ketika dilahirkan. Tahniah Waris dan Izzati!

Hiburan Fri, 11 Oct 2019

Timang Anak Di Usia 60 Tahun, Power Lah Datuk Jamal Abdillah!

Tahniah Xtra ucapkan buat Datuk Jamal Abdillah dan keluarga.

Hiburan Thu, 2 Nov 2023
Trending Tue, 20 Mar 2018

Students Become Famous After English Video Project Goes Viral!

An English project suddenly became an international sensation.

Featured Tue, 14 Feb 2023
Hiburan Wed, 29 Jan 2020

B.I’s Departure From The Group Is The Reason For iKON’s Delayed Comeback?

Because of his abrupt departure, YG Entertainment is making decisions carefully.