Featured By: Arfah December 29, 2021 @ 12:40pm

“Perjalanan 9 Jam… Penat” – Tular Video Jemaah Umrah Mengamuk Di KLIA

Satu video di TikTok mengenai beberapa jemaah umrah yang memarahi anggota bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tular sejak malam Selasa.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @uzm_87, ia menunjukkan sekumpulan jemaah umrah di sebuah bilik kaca yang sedang menunggu untuk dipakaikan jam peranti.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan pengembara yang pulang dari Arab Saudi diwajibkan untuk memakai peranti digital berbentuk seperti jam tangan berikutan dengan kes Covid-19 varian Omicron yang banyak dikesan dari individu yang baru pulang dari negara tersebut.

Walaubagaimanapun, pengguna yang memuat naik video berdurasi 1:35 itu memberitahu jemaah yang baru sahaja tiba dari menunaikan umrah marah kerana pengurusan yang tidak sistematik.

 

@uzm_87 #ad YB KJ mai melawat dan jemaah mengamuk kerana SOP terlalu teruk di KLIA. #fypシ #viral #umrah #YBKJ #SOP ♬ original sound – Zulkifli Mohamed

“YB KJ mai melawat dan jemaah mengamuk kerana SOP terlalu teruk di KLIA,” tulis pengguna itu di ruangan kapsyen.

“Ini adalah situasi selepas pulang dari umrah. Percubaan pertama dari kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pakaikan jam tracker itu terlalu lama sangat. Lima jam menunggu sahaja,” jelasnya lagi di ruangan komen.

Kebanyakkan warganet yang melihat video itu mempersoal mengapa jemaah yang baru sahaja balik menunaikan ibadah tidak menjaga tingkah laku.

“Sampai pukul 5 petang…Pukul 9.50 malam baru selesai”

Namun, terdapat beberapa jemaah yang berada pada situasi kejadian memberitahu faktor kekurangan anggota yang bertugas di situ membuatkan urusan mereka menjadi lambat.

“Saya di sini juga tadi. Sistem jam itu okey tiada masalah. Yang geram staff mereka tidak ramai, perjalanan sembilan jam kena tambah lagi enam jam penat weh!” komen @safwannazri7.

Seorang pengguna Facebook dengan nama pengguna Fa Ell juga menjelaskan situasi sebenar yang berlaku di situ.

“Sampai pukul 5 petang. Pukul 9.50 malam baru selesai semua urusan dekat airport, swab test dan pakai jam tracker. Lapan jam dalam flight sambung lagi lima jam menunggu dalam bilik itu dan ya tanpa makanan,” tulisnya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 15 Dec 2020
Hiburan Mon, 14 May 2018

Sedar Ruang, Jangan Merepek…

Ini pendirian saya. Saya memang tidak akan ambil tawaran mengarah sekiranya bayaran yang diterima pelakon lebih tinggi daripada pengarah…

Trending Sun, 7 Oct 2018
Hiburan Mon, 1 Apr 2019

Selepas Setahun ‘Bercuti’, Naim Daniel Sambung Belajar

Doakan agar Naim berjaya menghabiskan pengajian tepat pada masa!

Hiburan Thu, 28 Mar 2024

Darjat Ibu Bapa Terlalu Tinggi Untuk Diperdebat, Neelofa Akui Kelemahan Dalam Memberi Pandangan – “Saya Bukan Ustazah…”

“Saya bukannya ustazah dan orang yang layak untuk bercakap tentang ini tapi saya tahu sikit-sikit pasal benda ni,” demikian kata selebriti, Neelofa yang tampil mengulas dakwaan dirinya tiada empati dalam memberikan pendapat, baru-baru ini. Sebelum […]

Featured Fri, 23 Dec 2022
Hiburan Tue, 24 Apr 2018

Serina Bakal Berdepan Hukuman Penjara?

Serina telah melanggar perintah persetujuan apabila membenarkan anak mereka, Tristan Tareef O’luanaigh, 7 tahun dan Isabella Safiyya O’luanaigh, 6 tahun bermalam sebilik dengan Chef Wan di kediaman bekas bapa mertuanya itu pada 3 Disember lalu.