Raih Tempat Kedua Dalam 10 Filem Terbaik Di Netflix, Najib Mohon ‘Man On The Run’ Dilarang Tayang

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memohon kepada Kementerian Komunikasi menurunkan dan melarang tayangan dokumentari bertajuk ‘Man On The Run’ dalam perkhidmatan aplikasi kandungan, Netflix.

Menurut laporan Berita Harian, peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata pihak yang diwawancara dalam dokumentari itu menyatakan pelbagai perkara terhadap anak guam yang antara lain bersifat fitnah, subjudis, prejudis dan berat sebelah.

Katanya, ia juga belum dan tidak pernah dibuktikan sama ada melalui keterangan dokumentari dan lisan saksi yang dikemuka dalam mana-mana perbicaraan, termasuk kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Man on the Run ialah dokumentari yang diarahkan, ditulis dan diterbitkan oleh Cassius Michael Kim, berkisar mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang ditayangkan di negara ini pada 5 Januari lalu.

Ia turut memaparkan temubual Najib yang menafikan pembabitan dalam skandal terbabit, selain temu bual dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

ARTIKEL BERKAITAN: Najib Mahu Filem ‘Man On The Run’ Dilarang Tayang Di Malaysia

Sumber: Berita Harian

Khairil Khusyairi