Rentas Negeri : Bersediakah Anda? Kini Hanya Tinggal 0.9 Peratus Sahaja Lagi Untuk Capai Vaksinasi 90 Peratus

Hanya 0.9 peratus diperlukan bagi mencapai 90 peratus populasi dewasa negara ini lengkap dos suntikan vaksin Covid-19.

Berdasarkan laman sesawang Covid Now, seramai 20,856,337 individu atau 89.1 peratus populasi dewasa telah lengkap dos suntikan dan 5.5 peratus lagi mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagaimanapun,  Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini memaklumkan, apabila negara mencapai kadar vaksinasi 90 peratus populasi lengkap dos suntikan tersebut, maka aktiviti rentas negeri adalah dibenarkan dan akan diumumkn dalam masa terdekat.

Terdahulu, kali terakhir rakyat dibenarkan melakukan perjalanan rentas negeri adalah Mac lalu sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dikuatkuasakan.

Jadi, bersediakan anda untuk melakukan aktiviti rentas negeri dan hidup dalam fasa endemik?

 

Salma Syahbuddin