“Tak Emosi Macam Caprice..”- Dakwa Dedah Cerita Sebenar, Cara Nadir Al Nuri Tegur Ustaz Ebit Lew Dipuji Netizen

Isu antara penyanyi rap, Caprice dan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew masih lagi menjadi tanda tanya dan persoalan ramai di media sosial.

Baru- baru ini, Caprice telah tampil membuat permohonan maaf terhadap Ustaz Ebit Lew berkenaan konflik yang berlaku antara mereka di Gaza.

Terbaru, saudara Nadir Al Nuri seorang rakyat Malaysia yang menetap di Gaza dan terlibat secara aktif dengan misi kemanusiaan mendakwa dia mendedahkan cerita sebenar mengenai rombongan Ebit Lew.

Menerusi perkongsian Nadir di Telegram dan kemudian dikongsikan semula di Twitter, terdapat beberapa teguran peribadi yang dinyatakannya kepada Ustaz Ebit yang menyentuh isu bantuan dan cara kemasukan team Ustaz Ebit ke Gaza.

Selepas berkongsi situasi sebenar yang berlaku, rata-rata netizen dilihat memuji cara teguran Nadir Al Nuri terhadap Ustaz Ebit Lew yang disifatkan sebagai professional dan tidak berniat untuk menjatuhkan mana – mana pihak.

Malah, penjelasan Nadir juga memberi gambaran realiti sebenar yang berlaku antara pihak NGO di Gaza .

Berikutan penjelasan itu, ramai yang mula memahami situasi sebenar yang berlaku dalam misi bantuan Ebit Lew dan berharap akan ada penjelasan daripada pihak Ustaz Ebit Lew selepas ini.

Sama -sama kita tunggu!

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”