Terjejas Akibat Pandemik, Forum Perniagaan PKS BH Bantu Usahawan

Kegiatan ekonomi di Malaysia jelas terkesan sejak wabak Covid-19 melanda terutama terhadap Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Ketika negara kita telah memasuki fasa endemik, sedikit sebanyak memberi sinar baru kepada para usahawan PKS.

Terdapat hampir 960,000 PKS di Malaysia yang terjejas sepanjang pandemik ini sehingga ada yang terpaksa berhenti berniaga. Sebagai penyumbang sebanyak 48% keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan menyediakan tujuh juta pekerjaan, PKS mampu berdaya saing semula.

Berita Harian (BH) dan REV Media Group mengambil inisiatif untuk membantu para usahawan PKS dengan menganjurkan Forum Perniagaan PKS BH 2021 yang bertujuan untuk meneroka persoalan dan komitmen untuk terus meningkat, menghadapi cabaran masa depan PKS.

Forum Perniagaan PKS BH 2021 yang akan berlangsung pada 14 dan 15 Oktober ini mengumpulkan ahli panel jemputan yang berpengetahuan dalam industri PKS untuk memberi pendedahan isu dan realiti sebenar serta mengenal pasti usaha yang dapat dilakukan oleh pengusaha PKS.

Dalam forum tersebut juga akan membincangkan inisiatif dan galakan dari pelbagai pihak untuk menyokong proses pembangkitan semula PKS.

PKS perlu berdaya saing dalam persekitaran perniagaan global

Antara pakar industri terlibat sepanjang forum tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Mahadhir Aziz, Ketua Jualan & Pengurusan Akaun Perniagaan Celcom Axiata Berhad, Iskandar Dzulkarnain Abd Razak, Ketua Pegawai Kewangan, Bukit Bintang City Centre (BBCC), Farizal Zainudin dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Nainy.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz, pendigitalan operasi perniagaan harus menjadi keperluan kepada PKS untuk terus kuat dan berdaya saing dalam persekitaran perniagaan global yang selalu berubah dengan perkembangan teknologi.

“Sebagai peneraju ekonomi digital negara, MDEC sedia menyokong transformasi digital PKS di Malaysia melalui pelbagai inisiatif di bawah kempen #SayaDigital, yang selaras dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL),” katanya.

 

Orang ramai yang berminat untuk menyaksikan lima sesi forum ini boleh mendaftar di https://www.bharian.com.my/bhsme di mana mereka boleh mengambil bahagian dengan mengemukakan soalan, berkongsi pengalaman dan meninggalkan komen semasa forum berlangsung.

Marcella