[TERKINI] Hospital Perkenal Set PPE Khas Untuk Bayi Baru Lahir

Wah!

Penggunaan PPE bukan sahaja digunakan dan diperlukan oleh barisan hadapan ‘ frontliner’ malah, ianya juga perlu untuk bayi yang baru dilahirkan.

Justeru itu, pihak hospital Bangkok menggunakan alat pelindung diri (PPE) khas untuk bayi yang baru lahir di wad bersalin bagi mencegah penyebaran wabak Covid-19.

Sumber : Google

Selain itu, bayi yang dilahirkan semasa Covid-19 di Hospital Thailand ini memerlukan sekurang-kurangnya satu item pelindung wajah untuk memastikan kesihatan mereka.

Tindakan luar biasa ini juga turut diaplikasikan di Hospital Praram 9. Di mana, bayi yang baru dilahirkan akan dilengkapi dengan pelindung muka sebagai langkah berjaga-jaga.

Sumber : Google

Malah, pelindung muka yang direka khas oleh hospital ini digunakan ketika bayi membuat perjalanan pertama mereka untuk pulang ke rumah.

Sumber : Google

Terdahulu, Thailand yang sebelum ini telah merekodkan kes sebanyak 2,613 kes dengan 41 kematian merupakan negara pertama di luar China yang mencatatkan jangkitan.

Salma Syahbuddin