Categories: FeaturedTrending

Kongsi gambar dan video menu tidak menjadi, Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official buat ramai pecah perut

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ramai yang duduk di rumah mula menunjukkan bakat memasak masing-masing.

Setiap hari, ada sahaja resipi baharu dan tular yang ingin dicuba. Jika resipi yang dimasak menjadi, sudah pastinya hati seronok bukan kepalang. Hasil masakan itu kemudiannya dikongsi dalam laman media sosial untuk tatapan ramai.

Tidak kurang juga ada yang tidak pandai memasak, tetapi bersemangat untuk mencuba bagi mengisi masa terluang ketika tempoh PKP. Bagaimanapun, percubaan pertama belum tentu menjadi seperti mana hasil yang diharapkan.

Kewujudan laman Facebook baharu, Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official (MATJHNO) memberi platform kepada pelayar Facebook untuk berkongsi masakan mereka yang tidak menjadi. Menariknya, laman MATJHNO yang diwujudkan sejak 14 April lalu telah mencecah lebih satu juta pengikut!

Kredit gambar: Facebook Noorwahhiedayah Hudaa

Pelbagai hasil masakan yang dikongsi ternyata mengundang rasa lucu dan kebanyakan pengikut sangat terhibur dengan laman MATJHNO.

Rata-rata warga maya yang berkongsi mengenai laman MATJHNO meninggalkan komen yang positif antaranya laman itu penuh dengan keseronokan, mencuit hati, dapat menghilangkan kemurungan, lucu sehingga pecah perut dan banyak lagi.

Mereka juga tidak meninggalkan sebarang kecaman atau kata-kata negatif, malah turut memberi sokongan kepada rakan-rakan lain agar tidak putus asa untuk terus memasak.

Jom lihat antara masakan yang tidak menjadi yang dikongsi dalam laman berkenaan.

1. Kek cawan

Kredit gambar: Facebook Norliza Binti Sulaiman

2. Kek Milo

Kredit gambar: Facebook Shahrudin Penang

3. Pau

Kredit gambar: Facebook Hayati Ahmed

4. Kek pandan kukus

Kredit gambar: Facebook Andrea Felisya

5. Biskut dinosaur

Kredit gambar: Facebook MrzSalena Leen

6. Roti puri

Kredit gambar: Facebook Farah Harun

7. Karipap

Kredit gambar: Facebook Ilan Ieqa

8. Kuih bakar

Kredit gambar: Facebook Mohd Ruffey

9. Biskut dahlia

Kredit gambar: Facebook Nabila Razali

10. Kuih seri muka

Kredit gambar: Facebook Kak Ina Ahazfood

11. Cucur jawa

Kredit gambar: Facebook Tyah Kiszora

12. Cakoi

Kredit gambar: Facebook Anne Khan

13. Nasi lemak

Kredit gambar: Facebook Farah Aina Sahudin

Ad Ops