Categories: Trending Hari Ini

[TERKINI] Pemeriksaan Suhu Badan & Makan Dalam Kelas Apabila Sekolah Dibuka

Perhatian buat guru dan pelajar!

Pemeriksaan suhu badan di sekolah dan makan di dalam kelas pada waktu rehat antara normal baharu yang bakal diamalkan oleh pelajar apabila sekolah dibuka kelak.

Menteri Pendidikan, Dr. Mohd Radzi Md Jidin berkata, garis panduan itu menetapkan pemeriksaan suhu badan dilakukan oleh guru setibanya pelajar di pintu pagar sekolah.

Setiap Sekolah Disediakan Bilik Isolasi

Setiap sekolah juga perlu mempunyai bilik isolasi iaitu bilik yang memuatkan pelajar yang menunjukkan sebarang gejala.

Kemudian, pihak sekolah menghubungi ibu bapa dan berhubung dengan Pusat Kesihatan berdekatan untuk tindakan selanjutnya.

Jadi, harapnya semua pelajar perlu amalkan penjarakan sosial di sekolah sepanjang perjalanan mereka datang dan balik dari sekolah okay?

Kita Jaga Kita!

Kredit: Harian Metro

Syafiqa Irdina