Categories: Trending

Orang Melaka Dah Boleh Makan Di Restoran Mulai Esok

Berita baik buat penduduk negeri Melaka!

Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali memaklumkan bahawa penduduk di negeri tu boleh makan di premis tanpa hidangan bufet bermula esok.

Keputusan itu dibuat semalam pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas COVID-19 Negeri Melaka apabila keadaan semasa wabak COVID-19 di Melaka yang menunjukkan tahap semakin baik.

Operasi Sehingga 10 Malam

Tempoh pengoperasian premis yang ditetapkan adalah sehingga jam 10 malam termasuk bagi premis yang dibenarkan beroperasi 24 jam sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.

Susun atur dalam premis mestilah mematuhi SOP yang ditetapkan iaitu jarak dua meter antara meja bagi membolehkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter, manakala setiap meja dimuatkan tidak melebihi empat orang.

Untuk berita terkini, korang boleh saksikan di TV3 dan Youtube Buletin TV3 okay?

Kredit: The Star

Syafiqa Irdina