[Terkini] Status Tempoh PKP Bakal Diketahui Jam 4 Petang Hari Ini

Berikutan wabak COVID-19, status tempoh Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan PKP dijangka bakal diketahui jam 4 petang hari ini.

Menerusi sidang media yang diadakan pada malam semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin dijangka membuat pengumuman rasmi hari ini berikutan langkah yang bakal diambil kerajaan bagi membendung penularan COVID-19.

Terdahulu, fasa pertama PKP dilaksanakan pada 18-31 Mac manakala fasa kedua dilaksanakan pada 1-14 April.

Jangan lupa saksikan Perutusan Khas Siaran Media oleh YAB Perdana Menteri pada jam 4 petang ini di saluran televisyen TV3, TV9, NTV7 dan 8TV.

Dalam perkembangan lain, beberapa kes yang melibatkan COVID-19 semakin menunjukkan prestasi yang memberasangkan apabila seramai 121 pesakit disahkan pulih iaitu melebihi jumlah kes positif 109 direkodkan menjadikan keseluruhan kes positif ialah 4,228 kes, dengan 67 kematian .

Sumber: Berita Harian

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”