Categories: Trending

[TERKINI] Kawasan Zon Merah Bertambah Jadi 25, Terbaharu Di Hulu Selangor

Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan jumlah pecahan kes COVID-19 terbaharu mengikut negeri dan daerah.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi satu ciapan di laman Twitter KKM berkenaan bilangan zon merah yang dicatatkan sebelum ini, telah meningkat kepada 25 mengikut statistik yang dikeluarkan sehingga pukul 12 tengahari semalam (9 April).

Zon merah terbaharu yang disenaraikan KKM adalah di Hulu Selangor dengan 43 kes positif COVID-19 yang dicatatkan di daerah tersebut.

Semenanjung Malaysia

Sabah & Sarawak

Sekali lagi, orang ramai diingatkan supaya bertanggungjawab untuk mengambil langkah pencegahan seperti memakai topeng muka dan hand sanitizer sekiranya berada di tempat awam. Tindakan kuarantin diri amat digalakkan supaya dapat mengawal diri daripada dijangkiti wabak ini.

Untuk maklumat berkaitan dan info terkini tentang COVID-19, korang boleh lihat di TV3 dan laman Youtube Buletin Utama okay?

Xtra careful guys!

Kredit: Twitter KKM Putrajaya

Syafiqa Irdina