Tiada SOP Baru Untuk Rentas Negeri

Kerajaan mengumumkan tiada prosedur operasi standard (SOP) baharu yang akan dilakukan apabila rentas negeri dibenarkan dalam beberapa hari lagi.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, kerajaan juga tidak akan mewajibkan pelaksanaan ujian kendiri COVID-19 kepada individu belum atau menolak vaksin, yang mahu merentas negeri.

“Kita dah kaji cadangan itui tapi tiada cara untuk kuat kuasakannya. Takkan nak laksana sekatan jalan raya untuk periksa setiap individu, kerana rakyat akan marah jika jalan sesak sedangkan mereka sudah tunggu lama untuk rentasi negeri.

“Ini tidak seperti gelembung pelancongan di Langkawi kerana jumlahnya tidak ramai. Ini (rentas negeri) babitkan jalan keluar masuk di semua negeri, mustahil untuk kita periksa semua.

“Cuma SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedia ada akan terus digunakan. Ertinya, jika ada individu belum divaksin yang merentas negeri, dia tetap tidak boleh nikmati kelonggaran seperti makan di restoran dan seumpamanya,” katanya pada sidang media selepas melawat Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”