“Meeting Dengan Putera Arab Saudi, Bina Hotel 8 Bintang Bawah Laut”- Papa Megah Holding Curi Tumpuan Di TikTok

Siapa tidak mengenali sosok pelakon otai, Mustapha Kamal yang seakan sebati melakonkan watak golongan kaya atau CEO Megah Holdings dalam drama-drama rantaian Melayu di stesen televisyen.

Terbaharu, aksi beliau sebagai usahawan berjaya mencuri tumpuan di TikTok.

Semenjak mempunyai ramai pengikut di laman sosial terbabit, Mustapha dilihat sering memuat naik beberapa video beliau menjalani penggambaran dengan melakonkan watak orang kaya sehingga mengundang pelbagai komen jenaka oleh netizen.

“Meeting Dengan Putera Arab Saudi pasal hotel 8 stars bawah laut di Arab Saudi, semoga dipermudahkan dan menjadi kenyataan,” tulisnya.

Netizen yang turut sama terhibur dengan kapsyen dan lakonan beliau turut membalas komen-komen berbaur jenaka dengan melakonkan watak anak beliau.

“Papa Hariz tengah uruskan projek di London, harap Papa boleh bank in duit.

“Confuse tengah tengok TikTok ke drama”

“Papa please I tak nak kawin dengan Tengku Malik I dah ada pilihan hati.” seloroh seorang pengguna TikTok.

Video tersebut kini ditonton oleh lebih 119,000 kali di laman Tiktok.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”