[VIRAL] ‘Spy Cam’ Tersembunyi, Jadi Trend Lelaki Pervert

Zaman semakin maju, namun akal fikiran makin cetek hingga manusia hilang pedoman.

Itu apa yang dapat dirumuskan tentang keadaan masyarakat kita yang semakin ‘sakit’ terutamanya dalam hal-hal berkaitan akhlak, moral dan etika.

Mana taknya, zaman teknologi yang makin pesat hari demi hari antara punca berlakunya gejala sosial termasuklah menjadi sumber untuk mencari bahan lucah mahupun tindakan untuk menyebarkan perkara tersebut.

Hari ini, sekali lagi kita dikejutkan dengan penyebaran gambar-gambar lucah yang diambil menerusi kamera tersembunyi atau spycam yang diletakkan di tandas-tandas awam untuk tujuan seksual.

Sumber : Twitter

Menerusi muat naik di Twitter pada Isnin, seorang pengguna yang dikenali sebagai @leo berkongsi mengenai perkara tersebut dan kini perkongsian itu telahpun diulang kicau sebanyak 5 ribu kali dan ianya ternyata mengejutkan ramai pihak terutamanya golongan wanita.

Yang tak tahan tu, siap ada yuran keahlian. Menjijikkan!

Sumber : Twitter

Menerusi muat naik tersebut, mesej viral itu turut tertera yuran keahlian seumur hidup buat mereka yang mahu ‘join’ group whatsapp berkenaan. Dan ini adalah sesuatu yang sangat menjijikkan!

Rata-rata netizen bengang dan marah dengan tindakan sesetengah kumpulan lelaki pervert yang sanggup melakukan perkara ‘gila’ sedemikian.

Sumber : Twitter

Apapun, diharap dengan perkongsian ini dapatlah membuka mata ramai pihak terutamanya golongan wanita agar sentiasa alert dengan persekitaran yang semakin ‘tenat’ ini.

Salma Syahbuddin