“Tudung Dah Hilang?” – Kongsi Foto ‘Free Hair’, Isteri Caprice Minta Netizen Bertenang

Penampilan isteri kepada penyanyi rap Caprice, Farra Innalis dilihat sudah berhijab namun timbul persoalan netizen apabila memuat naik foto tanpa bertudung.

Menerusi ruangan komen, Farra atau Elis menjawab pertanyaan netizen tersebut dengan meminta orang ramai untuk bertenang dan agar tidak memperbesarkan isu itu.

“Kecoh-kecoh nak ke mana? Kalau rasa tak relaks meh nak belanja kopi. Tapi ambil yang sejuk nak sejukkan hati yang panas tu,” komennya.

Terdahulu, Farra memuat naik foto di Instagram seperti sudah mengenakan tudung dan menerima pujian ramai.

Namun, perkongsian terbarunya tanpa hijab menjadi tanda tanya netizen tentang imej sebenar Farra.

“Nak tunjuk aurat kau kepada siapa? Dah ada suami cukup la. Kau tambah mata orang yang tengok, dapat dosa.

“Tudung dah hilang?

“Hari itu bertudung. Manis dah. Hari ini tudung mana?,” komen netizen.

Sekadar rekod, Caprice dan Farra mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu dan Farra mempunyai seorang anak perempuan bernama Aleesya Sofea hasil perkahwinan terdahulu.

Maya Basir