‘Unboxing By Husband’ Viral Di TikTok, Pu Syed Tampil Beri Amaran – “Ia Perbuatan Mengarut & Boleh Mendatangkan Fitnah”

Sejak beberapa hari lalu, timbul trend terbaharu dicipta netizen sebagai ‘Unboxing by husband’ yang memaparkan suami menanggalkan setiap aksesori yang terdapat pada bahagian kepala pengantin perempuan.

Sementara itu, kedua-dua mereka masih memakai busana pengantin dan dirakam oleh si isteri menerusi cermin.

Aksi sebegini pastinya mendapat pelbagai komen dalam kalangan netizen yang menyifatkan ia sebagai perbuatan yang tidak senonoh apatah lagi ia boleh ditonton oleh ribuan orang.

“Dedah aurat isteri adalah HARAM!”

Justeru itu, pendakwah bebas, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak tampil menegur tindakan segelintir pihak yang dilihat ‘kemaruk’ dengan trend sebegini terutamanya diaplikasi TikTok dengan melabel ia sebagai tindakan yang mengarut dan boleh mendatangkan fitnah.

“Unboxing wife, atau unboxing by husband satu lagi perkara bidaah dholalah yang sedang viral dan telah ramai dilakukan oleh pasangan pengantin muda di media sosial!

“Dedah aurat adalah haram, apatah lagi dedah aurat isteri kalian! Kalian boleh berbangga dan suka content haram sebegitu semata-mata untuk peroleh tontonan ramai!” katanya.

 

Salma Syahbuddin