Varian Delta: Risiko Kemasukan Ke Hospital Dua Kali Ganda Berbanding Varian Lain

Penularan COVID-19 semakin berbahaya apabila varian Delta didakwa mempunyai dua kali ganda risiko jangkitan untuk dimasukkan ke hospital berbanding varian lain seperti Alpha.

Menurut kajian yang diterbitkan The Lancet, pakar menyatakan betapa pentingnya untuk mendapatkan suntikan penuh vaksin COVID-19.

Kajian yang diketuai Kesihatan Awam England (PHE) dan Majlis Penyelidikan Perubatan melaporkan 43,338 kes COVID-19 yang dicatatkan antara Mac dan Mei meliputi varian Alpha dan Delta.

Sebahagian besar jangkitan melibatkan individu belum divaksin.

Risiko kemasukan ke hospital adalah dua kali lebih tinggi bagi individu yang dikesan positif dengan varian Delta berbanding Alpha.

Delta dilaporkan menyumbang hampir 99 peratus kes positif di United Kingdom ketika ini.

Dalam pada itu,analisis terbaharu PHE mendakwa, vaksin Pfizer-BioNTech adalah 96 peratus berkesan dan vaksin Oxford-AstraZeneca 92 peratus berkesan.

Sumber: Awani

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”