Categories: Trending

Lembah Klang Kini Sudah Boleh Beralih Fasa – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi hantarannya di Facebook memaklumkan, Lembah Klang kini boleh beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) susulan kadar vaksinasi yang telah melebihi 80 peratus.

Bagaimanapun, perkara tersebut akan diputuskan dalam perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 bersama barisan Kabinet yang dipengerusikannya nanti.

“Syabas Lembah Klang kerana kadar vaksinasi cemerlang yang sudah mencapai lebih 80%!

“Dengan ini saya berpendapat bahawa Lembah Klang sudah boleh beralih ke fasa seterusnya.

“Once again I am so proud of everyone involved and this remarkable achievement.”Katanya.

Ismail Sabri juga dilaporkan berkata pada Ahad, kadar lengkap vaksinasi bagi populasi dewasa di Lembah Klang kini telah mencecah sehingga 89.5 peratus.

Terdahulu, beliau mengumumkan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi diberi tempoh sehingga akhir September untuk memastikan enam negeri mencapai kadar vaksinasi COVID-19 sebanyak 50 peratus bagi populasi dewasa.

 

 

Salma Syahbuddin