Trending By: Salma Syahbuddin July 1, 2021 @ 2:06pm

“Tuanku Juga Pernah 17 Kali Buat IVF” – Elizad Terharu Dapat Panggilan Dari Raja Permaisuri Agong

Pastinya kesedihan yang dialami oleh pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin apabila dilemparkan dengan kata-kata kesat dan fitnah kononnya beliau mandul sebelum ini akhirnya terubat apabila menerima panggilan telefon daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Berita gembira tersebut dikongsi Elizad menerusi muat naik di akaun Instagram miliknya pada Rabu.

“Would love to share this special moment . Hari ni hari yang sangat menggembirakan hati saya. Menerima panggilan telefon dari KDYMM Tuanku Permaisuri Azizah.

“Bertanyakan keadaan saya setelah Tuanku Permaisuri terbaca kisah yg mengatakan saya “ Mandul “ tempoh hari”

“It really touch my heart with this beautiful call Tuanku . Terharu, terkejut, semua ada . Macam mimpi, dapat bercakap dgengan Tuanku Permaisuri yang saya sendiri jadikan idola dalam cerita perjalanan ivf saya”

“Sungguhnya ,Tuanku Permaisuri sangatlah prihatin dengan kisah saya yang bukanlah siapa-siapa”

Tuanku 17 kali tempuh perjalanan ivf. Memang menyakitkan!

Menurut Elizad, Tunku sempat berkongsi pengalaman menjalani rawatan ivf sebanyak 17 kali dan ianya memang sangat menyakitkan bagi golongan wanita yang berikhtiar untuk hamil. Malah, Tunku juga sempat memberikan kata-kata semangat buat Elizad terutamanya dalam usaha beliau ini.

“Tuanku berikan kata-kata semangat, bercerita sendiri tentang pengalaman Tuanku sebanyak 17 kali tempuh perjalanan ivf . Memang menyakitkan . Hanya yang mengalami sahaja yang merasai.”

Ketika ditemu bual Tuanku Permaisuri, Elizad tidak mampu menggambarkan kegembiraannya.

“Terlalu gembira dapat berbual dengan Permaisuri yang disayangi semua. Sungguh keibuan sifat Tuanku,”

Bahkan, Tuanku Permaisuri turut berkata bahawa dia menonton drama lakonan Elizad sebelum ini dan bertanyakan sama ada dia masih berlakon atau tidak.

“Sempat juga Tuanku beritahu bahawa dia menonton drama lakonan saya sebelum ini dan bertanyakan jika saya sudah tidak berlakon lagi

“Allahuakhbar. Terima kasih Tuanku Permaisuri. Ampun Tuanku,” tulisnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 17 Apr 2022
Trending Tue, 17 Mar 2020

Jangan ‘Selfish’ Sebab Covid-19, PM Janji Bekalan Makanan Mencukupi

Diharap rakyat Malaysia sentiasa bertenang dan tidak pentingkan diri sendiri

Trending Mon, 20 Aug 2018

6 Reasons Why You Won’t Get Rich By Reading About Personal Finance

The truth stings but at least you can learn from it.

Featured Fri, 7 Oct 2022

[VIDEO] Tak Sabar Nak Cium Isteri, Suami Tasnim Shah Dikecam – “Gaya Macam Mat Rempit, Tak Jaga Aib!”

Alamak, apa kes ni gais? Tengah kecoh kat Twitter tuu 🥵 Mungkin Amin Daniel saja bergurau tapi…. 🥲

Featured Wed, 9 Nov 2022

Pemergian Bapa Jadi Titik Terendah Kehidupan Cakra Khan

Penyanyi Indonesia, Cakra Khan mendedahkan pemergian bapa tersayang merupakan titik terendah dalam hidupnya. Banyak kejadian yang tak diduga berlaku kepada pelantun lagu Kekasih Bayangan itu, terutamanya ketika awal pandemik. “Sebetulnya waktu Covid-19, banyak hal yang […]

Featured Fri, 7 Apr 2023

“Saya Bangga Dengan Diri Saya” – Kalah Kes Langgar Kontrak, Diarah Bayar Lebih RM200,000… Ini Respons Amelia Henderson!

Amelia diperintah bayar saman lebih RM200,000 beserta buat permohonan maaf dan padam video berunsur fitnah.

Cahaya Mata Fri, 21 Oct 2022
Featured Wed, 24 Feb 2021
Cahaya Mata Tue, 11 Oct 2022