Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari April 7, 2023 @ 2:34pm

“Saya Bangga Dengan Diri Saya” – Kalah Kes Langgar Kontrak, Diarah Bayar Lebih RM200,000… Ini Respons Amelia Henderson!

Pelakon Amelia Henderson hadir ke Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur pagi ini bagi mendapatkan keputusan berkenaan isu langgar kontrak drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali kerana menarik diri di saat akhir.

Walaubagaimanapun, keputusan tidak memihak kepada Amelia apabila mahkahmah memerintahkannya untuk membayar lebih RM200,000 kepada syarikat penerbitan A. Aida Production Sdn Bhd beserta permohonan maaf dan memadam video berunsur fitnah yang telah dimuat naik.

Artikel Berkaitan: Amelia Henderson Diperintah Bayar Saman Lebih RM200,000… A.Aida Luah Rasa Syukur! – “Dulu Ajak Berdamai Tak Nak, Syukur Kemenangan Pada Saya”

Susulan itu, menerusi temu bual Melodi TV3, Amelia menyatakan bahawa kehadirannya hari ini ke mahkahmah tanpa sebarang jangkaan malah menyifatkan tindakannya adalah betul.

“Saya ke mahkamah hari ini tanpa sebarang expectation. Saya bangga dengan diri saya sebab saya rasa saya buat benda yang betul,” katanya.

Dalam nada sayu, Amelia juga bersyukur diberi kekuatan kerana ditemani oleh orang yang disayangi ke mahkamah malah turut memaklumkan bahawa dia akan memohon rayuan.

“Tapi, pada masa yang sama perasaan itu jugak yang memberi saya kekuatan untuk membuat rayuan dan hari ini saya rasa sangat gembira on the personal level sebab dalam masa yang paling saya memerlukan. Semua yang saya sayang hadir untuk saya,” luah Amelia.

Untuk makluman, Amelia dan pelakon Idris Khan didakwa di mahkamah akibat melanggar kontrak drama apabila bertindak menarik diri pada saat akhir.

Sehubungan itu, pihak penerbitan terpaksa menanggung kerugian dari segi wang pendahuluan kepada pelakon, penulis skrip, penolong pengarah, krew, suntingan, pengangkutan dan peralatan penggambaran.

Namun begitu, Idris Khan memilih untuk menyelesaikan konflik ini diluar mahkamah namun Amelia tetap dengan pendiriannya.

Sumber: Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 2 Jul 2020

Anak Bawah Umur 18 Tahun Layak Dapat BSH RM480, Ini Syaratnya…

Semoga BSH ini dapat meringankan beban. Alhamdulillah

Hiburan Mon, 5 Aug 2019

‘Tak Sempat Nak Zip Seluar Tiba-Tiba…’- Aliff Syukri Kongsi Pengalaman Cemas!

Bayangkan staff dan team abang menjerit datuk datuk-datuk…

Featured Sat, 18 Apr 2026

Black Hanifah ‘Rindu’ Vibes AJL, Yakin Hijab Rindu Mara Ke Final AJL40 – “Saya Doa Lagu Ni Ada Tempat”

Black Hanifah meluahkan hasratnya untuk kembali menghangatkan anugerah ini setelah sekian lama.

Hiburan Wed, 18 Apr 2018

Sajat Pakai Eyeliner RM10 Je? Saksikan Nur Sajat Rated Xtra Hanya Di Tonton

Bukan sahaja mengamalkan solekan yang ringkas dan mudah dalam aktiviti seharian, Sajat juga turut menggunakan alat solek yang murah tau! Eyeliner Sajat cuma berharga RM10 sahaja

error: Content is protected !!