Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 5, 2019 @ 10:57pm

‘Tak Sempat Nak Zip Seluar Tiba-Tiba…’- Aliff Syukri Kongsi Pengalaman Cemas!

Usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi pengalaman berdepan dengan detik cemas di kota Jakarta, baru-baru ini.

Dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu, Aliff berada di sebuah pusat beli belah di sana. 

“Abang takut. Semoga Allah selamatkan, abang baru nak beli baju dan seluar malah abang tak sempat nak zip seluar baru untuk rekod lagu Cowok Baru.

“Secara tiba-tiba baju di dalam almari terjatuh seluruh manusia di dalam bangunan itu bergoyang, semua orang menjerit. Ketika itu secara kebetulan abang sedang membuat trevelog YouTube konon nak share pembikinan lagu baru,” tulisnya di Instagram.

 
 
 
View this post on Instagram

kenapa paparazi suka ikut abg??? . . siapa pernah alami trajedi mcm ni?? cer share di ruangan di bawah??????kisah benar.. apa ptut abg buat ni?? ada sesuatu yg pelik kalau korang perasan???abg takut.. semoga allah selamatkan abg.. baru abg nak beli baju dan seluar malah abg x semoat nak zip seluar.. baru utk rekod lagu #cowokbaru ?? Secara tiba-tiba baju di dalam almari terjatuh seluruh manusia di dalam bangunan tu bergoyang.. smua org menjerit.. Ketika itu secara kebetulan abang sedang membuat trevelog YouTube konon nak share pembikinan lagu baru #cowokbaru … abang iaitu tv Telajak laris dan abang tak sangka pula tengah-tengah syok buat video bangunan bergegar abang terasa seperti menaiki kereta api yg bergegar.. . . bygkan staff dan team abang menjerit datuk datuk-datuk gempa bumi gempa bumi ya Allah waktu tu hanya Allah saja yang tahu abang tak tahu nak ceritakan macam mana tapi abang sempat buat videofull vedio abg dah posting.. hnya di youtube tvterlajaklaris vedio durasi lebih panjang dalam 10-12mnit.. .. gi tngok sebelum abg delete di youtube.. sumpah ngeri.. . . doakan kami selamat.. tag org dan rakan anda di indonesia ..kejadian semalam di tamaris plaza #Ohabangkosmetik #AsLegacy #TerlajakLaris #todaysoutfit #OOTD #dailylook #menswear #mensweardaily #menstyle #streetstyleguys #stylish #inspofashion #manfashion #instadaily #instagoods #picoftheday #photooftheday #vintage #fashiondiaries #casualoutfit #streetfashion #summer #trendy #Ohabangkosmetik #AsLegacy #TerlajakLaris #todaysoutfit #dailylook #menswear #mensweardaily #menstyle #stylish #manfashion #instadaily #instagoods #picoftheday #photooftheday #vintage

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

 

Berkongsi pengalaman mendebarkan itu, Aliff berasa seolah berada di dalam kereta api yang sedang bergegar. 

“Bayangkan staff dan team abang menjerit datuk datuk-datuk gempa bumi gempa bumi.

“Ya Allah waktu tu hanya Allah saja yang tahu abang tak tahu nak ceritakan macam mana tapi abang sempat buat video full hanta di Youtube tv terlajak laris yang berdurasi lebih panjang dalam 10-12mnit. Pergi tengok sebelum abang delete di Youtube. Sumpah ngeri,” luahnya. 

Jumaat lalu, satu gempa bumi bermagnitud 7.4 Skala Richter berlaku di Banten, kira-kira 120 kilometer (km) dari Jakarta dan gegarannya turut dirasakan sehingga ke ibu negara Indonesia itu.

Gempa bumi pada jam 7.03 petang waktu tempatan itu berpusat di 147km barat daya Sumur-Banten.

Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika Indonesia (BMKG) turut mengeluarkan amaran tsunami di Pandeglang selatan, Lampung dan Sukabumi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Jan 2025
Hiburan Sat, 5 Jul 2025
Hiburan Tue, 19 Aug 2025
Hiburan Wed, 18 Aug 2021

“Pakai Baju Kelawar Isteri, Jadi Hantu.. Pakailah Elok-Elok Untuk Ambil Vaksin” – Hafiz Hamidun

Penyanyi, komposer dan penerbit muzik, Hafiz Hamidun memberikan nasihat supaya orang ramai berpenampilan elok serta bersesuaian ketika mendapatkan vaksin. Menurut pelantun lagu Jodoh Berdua ini, sebarang gimik keterlaluan dalam berpakaian tidak diperlukan ketika mengambil suntikan […]

Hiburan Sat, 2 Dec 2017

Feeya Iskandar Hamil Anak Kedua

Melalui laman Instagram penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar telah berkongsi berita gembira dimana dirinya itu kini sedang hamil anak kedua. Feeya atau lebih mesra dipanggil Cik Piah itu mengumumkan berita tersebut pada 23 November lalu, […]

Hiburan Tue, 12 Feb 2019

Pelakon Utama Dia Menantu Rahsia Bakal Disenarai Hitam?

Akui A. Aida, kejadian ini merupakan insiden terburuk yang pernah dialaminya selepas lebih 20 tahun berada dalam bidang penerbitan.

Hiburan Sun, 4 Jan 2026

Suara Yang Tidak Sempat Diselamatkan: Mengapa ‘The Voice of Hind Rajab’ Menggoncang Dunia Perfileman

Jangan lupa saksikan filem The Voice of Hind Rajab di pawagam Malaysia bermula 8 Januari ini.

error: Content is protected !!