Euforia Bola 2026
Hiburan By: Nurul Hana June 7, 2023 @ 6:14pm

Ingin Jayakan Naskhah Biografi, Aedy Ashraf Mahu Lakonkan Watak Khairy Jamaluddin

Pelakon Aedy Ashraf menyimpan hasrat untuk menjayakan naskhah biografi dalam lakonannya akan datang.

Aedy atau nama sebenarnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi berkata, dia mahu mencabar diri dan membawakan watak baharu dalam lakonannya.

“Saya memang akan berpegang pada satu watak yang saya mahukan iaitu naskhah biografi di mana saya perlu mainkan watak seseorang yang hidup sebab ia adalah salah satu cabaran yang sangat susah bagi saya. Watak-watak yang saya berlakon sebelum ni semuanya rekaan, dari skrip atau saya yang reka sendiri.

“Saya nak memegang watak seperti Farid Kamil jayakan. Dia membawa watak Anwar Ibrahim dan ia sangat mencabar. Saya rasa itu adalah salah satu cabaran yang saya inginkan,” ujar Aedy.

Dalam pada itu, ketika disoal mengenai gerangan tokoh yang ingin dijayakan, Aedy bercita-cita mahu membawa watak tokoh politik terkenal, Khairy Jamaluddin.

“Saya nak bawa watak KJ. Saya suka dengan sikapnya yang berkarisma dan karakternya yang bagus sebagai seorang lelaki. Mungkin tidak akan terjadi tapi ini adalah cita-cita saya,” ujarnya lagi.

Aedy berkata demikian ketika ditemui pada acara penjenamaan semula Fam’Fries miliknya yang diadakan di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Aktres berumur 29 tahun itu kini sedang menyimpan hasrat untuk menjadi seorang pengarah.

“Saya akan duduk dalam bidang seni sebagai pengarah atau penerbit. Sekarang ini saya masih berjinak-jinak belajar ke arah itu. Pada masa akan datang, mungkin saya akan arah satu filem. Doakan saya berjaya,” kata Aedy lagi.

Aedy juga sentiasa mempersiapkan dirinya untuk menjadi seorang pengarah atau penerbit suatu hari nanti.

“Saya sentiasa bersiap sebab saya dah berlakon selama 24 tahun. Sebenarnya, banyak projek-projek yang saya arah sendiri untuk jenama saya, Challo Worlwide, Renjana Short Film. Jadi, itu adalah salah satu persiapan saya untuk terus melangkah ke peringkat lain,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 Sep 2023
Hiburan Mon, 22 May 2023
Hiburan Thu, 31 Oct 2019

韩国天团 EXO五巡!1214引爆吉隆坡亚通体育馆

韩国超级天团EXO五巡《EXO PLANET #5 – EXPLORATION》即将今年12月14日,傍晚6时,引爆吉隆坡亚通万人体育馆!

Hiburan Wed, 27 Nov 2019
#TriviaXTRA Mon, 29 May 2023
Featured Tue, 29 Apr 2025

“Benda Baik Kita Kena Cepatlah ” – Mr. E Impi ‘Pengakhiran Istimewa’ Dengan Erra Fazira

Kata Ezwan, dia dan Erra kini menjalani hubungan dengan matang dan terbuka.

Trending Fri, 23 Aug 2019

Kenapa Kongsi Gambar Jalur Gemilang Terbalik

Jangan sebarkan gambar atau video bendera Jalur Gemilang terbalik

error: Content is protected !!