Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida September 6, 2019 @ 11:01am

‘Dari Dulu Orang Keji, Saya Tak Kisah’- Ac Mizal

“Saya ada cara sendiri,” akui pengacara Dato Ac Mizal yang gementar mengacarakan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 32 (ABPBH).

Buat pertama kali juga, Ac akan bergandingan dengan Elly Mazlein mengacarakan anugerah di pentas berskala besar.

“Saya tidak akan ‘control’ di pentas. Maksud saya, saya ada cara sendiri. Dari dulu, orang keji atau tidak suka cara, saya tidak kisah.

“Saya perlu enjoy ketika di pentas. Saya mahu penonton juga terhibur, tidaklah nanti orang kata kita syok sendiri pula,” katanya ketika ditemui Xtra.

Selain itu, Ac juga rasa bertuah dapat berganding dengan Elly Mazlein yang disifatkan sebagai seorang yang amat profesional.

“Saya tahu kemampuan dia dan selesa dengan Elly. Kami juga sudah berjumpa beberapa kali untuk cari keserasiaan sebelum anugerah berlangsung.

“Yang pasti, saya tidak akan ‘bunuh’ dia di pentas nanti kerana saya faham keduanya perlu seimbang.

“Kami menjanjikan persembahan hebat di malam ABPBH32 nanti dengan gabungan emosi. Dalam ketawa ada juga mood sedih. Momentum harus jaga,” akhirinya.

Bakal dipancarkan secara langsung menerusi TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 22 September ini, ABPBH 32 menyaksikan gabungan penyanyi legenda dan bakat baharu bagi mengisi slot persembahan.

Pentas ABPBH 32 bakal diserikan dengan kemunculan nama popular seperti Aishah, Liza Hanim, Zizan Razak, Ismail Izzani, Zamaera, SonaOne, Alif, Ernie Zakri dan Idayu.

Turut terpilih membuat persembahan ialah Ariff Bahran, Andi Bernadee, Hazama, Black, Akim Ahmad, De Fam, Stacy dan Sufian Suhaimi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 30 Oct 2023

“Rasa Hormat Saya Dah Hilang Pada Abang” – Sharnaaz Ahmad Tempelak Azhar Sulaiman… Netizen Label ‘Palatao’ Isu Palestin

Jangan buat main tau isu ni! Moga saudara kita di Palestin dipermudahkan segala urusan😔😥

Hiburan Tue, 5 Dec 2017

LILLY SINGH’S REACTION IN MEETING BTS AT THE AMA IS FTW!

Being the superwoman that she is, she then headed for the 2017 AMA to spread some good vibes of love and positivity, and of course to sing and dance along to all the fiery performances.

Events Wed, 20 Nov 2019

FT ‘Deactivate’ Instagram, Tegur Hazama Pasal Apex?

Harapnya ada harapan FT Feat Apex kan?

Hiburan Mon, 15 Jan 2024
Hiburan Wed, 18 Sep 2019

Solekan Angelina Jolie Dalam Maleficent: Mistress of Evil Memang Jahat!

Jom Countdown sama-sama untuk tengok cerita ni!

Hiburan Mon, 17 Jun 2019
Hiburan Sun, 15 Oct 2023
Hiburan Mon, 15 Jul 2019

‘Saya Minta Maaf’- Nabil Ahmad

“Tidak menjadi niat saya untuk memperlekehkan bangsa dan adat Melayu kita…”

error: Content is protected !!