Categories: Trending

Tuduhan Gugur, Ratu Naga Kini Bebas!

Pendakwa menarik balik tuduhan ke atas anggota PKR, Syarul Ema Rena Abu Samah atau Ratu Naga atas dakwaan menghina Datuk Seri Najib Razak menerusi laman sosial, tiga tahun lalu.

Perkara itu dicapai oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas Peguam Negara menggugurkan pertuduhan terhadapnya.

Hakim Saifulakmal Mohd. Said memutuskan demikian selepas dimaklumkan oleh pihak pendakwaan bahawa Peguam Negara menerima representasi yang dikemukakannya agar pertuduhan itu ditarik balik.

Perunding bangunan itu diwakili oleh peguam Zaid Malek manakala Timbalan Pendakwa Raya, Nazrul Nizam Mohd. Zameri mewakili pihak pendakwaan.

Sebelum ini Syarul Ema memohon agar kes berkenaan dibawa ke Mahkamah Persekutuan bagi membolehkan kesahihan seksyen tersebut dinilai sama ada selaras dengan perlembagaan atau tidak.

Peguam Syarul Ema, Latheefa Koya memberitahu disebabkan tuduhan ke atas Syarul Ema ditarik balik, kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah Rayuan itu tergugur.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo sudah menyatakan Putrajaya akan mengkaji semula seksyen 233 akta berkenaan.

Untuk rekod lama, wanita ini menggunakan nama samaran ‘Ratu Naga’ di laman sosial Facebooknya didakwa memuat naik komen berhubung Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

SGMS Faida