Kandungan Gugur, Syatilla Melvin Reda…

Diam tak diam, anak lelaki pasangan selebriti Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin dah berusia setahun lebih. Keinginan untuk menambah zuriat sudah pastilah ada. 

Namun begitu,  Syatilla Melvin akur dengan ketentuan Illahi apabila mengalami keguguran minggu lalu.

“ Sedih tapi saya reda dengan ujian ini. Mungkin ada hikmah di sebalik kehilangan kandungan ini,” katanya.

Syatilla yang ditemui di Majlis Pelancaran Jamu Mutyara di Wow KL, memberitahu dia mula menyedari apabila berlaku terdapat ketulan darah ketika lakukan kerja rumah.

“ Saya di rumah ketika itu. Usia kandungan pula sudah masuk enam minggu. Memang tak sangka. Tak apa, kami reda, mungkin ada hikmahnya,” katanya.

Pasangan pelakon ini memiliki seorang anak lelaki bernama Syeriv Samheizy yang lahir pada 9 Mei 2017.

SGMS Faida