Categories: Trending

Tudung Pakai Buang Pertama Di Hospital UK

Sebuah hospital yang dipercayai di United Kingdom, Royal Derby Hospital merupakan hospital pertama yang memperkenalkan tudung steril yang boleh digunakan oleh kakitangan hospital ketika menjalankan tugas.

Menurut seorang doktor junior, Farah Roslan telah mengutarakan idea ini ketika menjalani latihan di sana.

Kredit Foto: BBC

Idea ini diutarakan adalah kerana kebimbangannya terhadap jangkitan kuman ketika mengenakan tudung yang sama dalam tempoh masa yang lama ketika menjalankan tugas.

Farah berharap tudung steril ini dapat diperkenalkan secara meluas tetapi ianya bergantung kepada kepercayaan setiap individu tersebut, menurut NHS England.

Menurut Farah yang bekerja di Lincolnshire idea ini timbul ketika dia menjadi pelajar perubatan di University Hospitals of Derby and Burton NHS Trust.

“Saya menggunakan tudung yang sama sepanjang hari , jadi ianya tidak bersih untuk digunakan dalam jangka masa yang lama”, katanya lagi.

Saya pernah diminta keluar daripada bilik bedah bagi mengelakkan jangkitan.

Menurut pakar bedah Gill Tierney, tudung pakai buang ini merupakan yang pertama diperkenalkan di UK.

Sumber: BBC

SGMS Enal