Categories: Trending

Rimas Anak Asyik Menangis & Merengek, Bapa Tikam Anak

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun meninggal dunia kerana ditikam oleh bapa kandungnya sendiri di rumah sewa mereka di Kedaung Wetan, Kampung Kedaung Wetan, Daerah Neglasari, Kota Tangerang.

Kanak-kanak lelaki itu mati ditikam berkali-kali kerana dikatakan kerap menangis sehingga merimaskan bapanya.

Suspek kemudiannya bertindak membunuh dirinya sendiri setelah mendapati kanak-kanak tersebut mati ditikam olehnya sendiri.

Jusran, 29 tahun, jiran kepada mangsa telah mendengar tangisan kanak-kanak tersebut ketika kejadian.

Menurut Jusran lagi, tangisan kanak-kanak itu jelas kedengaran, namun dia fikir kanak-kanak itu hanya menangis biasa sahaja.

Hal ini kerana, dia tidak mendengar suara seperti orang bertengkar ataupun bergaduh pada ketika itu.

Selain itu, Jusran turut berkata dia sering mendengar suara pasangan tersebut bertengkar antara satu sama lain.

Isteri suspek juga gagal dihubungi kerana pasangan ini dalam proses penceraian dan sedang menunggu perbicaraan mahkamah.

Kanak-kanak tersebut dijumpai mati oleh datuknya, dikenali sebagai Mamat yang bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan daripada suspek.

Mamat terpaksa memecahkan pintu rumah tersebut dan mendapati kanak-kanak itu telah berlumuran darah di atas tilamnya.

Terdapat banyak kesan tikaman pada anggota badan kanak-kanak tersebut antaranya di leher dan perut.

Senjata yang digunakan turut dirampas oleh pihak polis supaya siasatan lanjut berkaitan kes ini dapat dijalankan.

Sumber: Tribun Jakarta

SGMS Enal