Categories: Trending

Tular Di Laman Sosial, Kehilangan Acap Ada Kaitan Dengan Kisah Hassan Ayat 10 Tahun Lalu?

Kehilangan Mohd Ashraf Hasan atau dikenali sebagai Acap masih menjadi tanda tanya walaupun misi pencariannya masih aktif dijalankan. Sejak kehilangannya, timbul pelbagai kisah kehilangan pendaki lain yang masih belum menemui jawapan sehingga ke hari ini. 

Terbaru, tular di laman sosial apabila kehilangan Acap dikaitkan dengan kisah seorang pendaki yg hilang secara misteri 10 tahun lalu iaitu Hassan Ayat. 

Teori ini dikukuhkan lagi dengan kenyataan sesetengah pihak yang mendakwa Hassan Ayat hilang dan masuk ke alam ghaib selepas meninggalkan mesej misteri dalam sajak coretannya sebelum beliau gagal dijejaki ketika meneruskan misi pendakiannya  di Gunung Yong Yap, 10 tahun lalu. 

Seorang pemilik laman Twitter yang dikenali sebagai Myra Othman telah memuat naik Tweet mengenai kisah sebenar kehilangan Hassan Ayat. Threadnya di Twitter mendapat sehingga 7. 4 k retweet

 

Sehingga kini, kehilangan Hassan Ayat masih menjadi misteri. Ungkapan sajak yang ditinggalkan oleh Hassan seolah-oleh memberi mesej beliau memilih untuk tinggal di “alam” lain.

Kehilangan Hassan Ayat pada tahun 2009, manakala Acap  pada tahun 2019. Semoga Acap selamat kembali ke pangkuan keluarganya. Kita sama-sama doakan agar Acap ditemui. 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”