‘Saya Terkejut Tengok Dia’- BFF Lucinta Luna ‘Pecah Lubang’?

Kisah kekeliruan jantina selebriti Indonesia Lucinta Luna masih hangat dibincangkan sehingga kini.

Apa yang lebih menarik, individu bernama Barbie Kumalasari baru-baru ini memberitahu Luna rupanya melakukan pembedahan kelamin di Thailand.

“ Setahun dia melalui proses untuk pulih daripada kesan operasi. Saya sendiri melihat transformasi wajahnya menjadi wanita. Saya terkejut dan bilang, gila hebat juga ya,” katanya.

Atas sebab ingin tahu, Barbie turut melayari informasi tentang pembedahan kelamin di Youtube dan hal ini membuatkan dia terkejut.

“ Ternyata hebat juga manusia boleh mengubah seorang lelaki menyerupai seorang wanita sehinggakan orang lain percaya bahawa itu bukan wanita ‘jadian’. Semuanya kelihatan sangat asli termasuklah suara juga,” jelasnya.

Malah katanya, Lucinta memberitahunya proses pemulihan selepas pembedahan mengambil masa yang agak lama.

“ Satu tahun dia sakit. Pasti sakitlah sebab perubahan menyeluruh yang membuatkan orang lain percaya dia wanita sebenar. Saya juga sendiri terkejut,” katanya.

Difahamkan, persahabatan mereka langsung tidak tergugat meskipun fizikal Lucinta sudah berubah. Mereka masih bff okay!

SGMS Faida