Categories: Trending

Tunai Permintaan Tunang Juga Mangsa Korban Lion Air, Gadis Ini Bersanding Sendirian. Sedihnya!

Touching-nya membaca luahan wanita ini. Meskipun masih berkabung dan bersedih dengan berita kematian tunangannya yang terbabit dalam nahas pesawat Lion Air terhempas bulan lalu, dia tetap meneruskan rancangan perkahwinan bersendirian bagi menunaikan permintaan terakhir Allahyarham.

Intan Syari, seorang kakitangan di sebuah hospital berusia 26 tahun, dan pasangannya, Rio Nanda Pratama, seorang doktor mengupah sebuah syarikat pengurusan acara dan memutuskan hari perkahwinan mereka diadakan pada 11 November.

Rio, 26, merupakan antara 189 mangsa nahas pesawat Lion Air penerbangan JT610 yang terhempas 13 minit selepas ia berlepas dari Jakarta pada 29 Oktober lalu.

Ketika kejadian, pesawat tersebut dalam penerbangan ke Pangkal Pinang. Rio dalam perjalanan pulang selepas menghadiri satu persidangan di Jakarta.

Foto: usatoday.com

Intan menerusi coretan di akaun Instagramnya @instansyarii memberitahu, sebelum pergi ke Jakarta untuk menghadiri persidangan, Rio bergurau memberitahu:

“Jika saya tak pulang pada 11 November, teruskan pakai baju pengantin yang saya pilihkan untuk awak, bersolek cantik-cantik, dapatkan ros putih daripada Sheila (penganjur perkahwinan), dan ambil gambar cantik-cantik. Kemudian hantar gambar-gambar itu kepada saya.”

Gambar-gambar Intan pada majlis perkahwinan 11 November lalu, menunjukkan dia memakai baju pengantin dan berhijab putih, sambil memegang sejambak ros putih, tular di media sosial di Indonesia.

Salah satu gambar memaparkan Intan menunjukkan cincin perkahwinannya.

“Ada kesedihan yang tak dapat saya perjelaskan, tetapi saya ada senyuman buat kami. Saya tidak seharusnya berduka. Saya perlu tabah seperti yang sering kamu beritahu saya,” tambah Intan.

Menerusi satu posting yang dimuat naik gambar bersama adik-beradik Rio, Intan berkata: “Walaupun anda tidak berada di sisi saya, adik-beradik kamu ada bersama saya untuk memenuhi permintaan terakhir kamu yang cukup indah. Saya tahu kamu gembira di atas sana…”

Bercakap kepada The Straits Times, Intan berkata, Rio adalah seorang doktor di hospital Bakti Timah, di Pangkal Pinang, sementara dia bertugas di jabatan kewangan.

“Dia seorang yang baik dan sentiasa mahu membantu pesakit. Dia sentiasa mengingatkan saya bahawa di dunia ini tiada yang kekal,” kata Intan. 

Sumber: mStar

Yanie Baharom