Categories: Trending

Digigit Monyet ‘Samseng’, Bayi 12 Hari Maut

Ngeri! Kes penculikan kali ini tidak melibatkan penjenayah dalam kalangan manusia tetapi sekumpulan monyet.

Seorang bayi malang dirampas ketika sedang disusukan ibunya seterusnya dibawa lari.

Bukan saja itu, bayi itu digigit di bahagian kepala dan ditinggalkan ketika dikejar orang ramai bersenjata batu dan kayu.

Difahamkan, bayi itu baru berusia 12 hari.

Menurut pegawai polis bertugas di balai polis Sikandra, Ajay Kaushal melaporkan insiden itu berlaku di pekan Runkata di pinggir Agra, lokasi menempatkan monumen paling terkenal India, Taj Mahal.

Aktivis alam sekitar tempatan, Shravan Kumar Sings berkata, haiwan seperti monyet menjadi semakin agresif kerana kemusnahan habitat asal akibat pembangunan berleluasa.

“Monyet ini berkeliaran di Agra. Ia boleh dilihat di kesemua lima stesen kereta api di bandar, hopital, hotel dan jalan raya. Semua mahu mencari makanan tetapi pada masa sama turut menyerang orang ramai,” katanya.

Pada Mei lalu, dua pelancong asing diserang sekumpulan monyet ketika sedang melawat Taj Mahal. -Agensi. 

SGMS Faida