Wow! Lebih 20,000 Peminat Banjiri Konsert Guns N Roses Di Surf Beach, Sunway Lagoon

Ternyata penangan tiga figura yang mencetuskan perubahan dalam mengubah landskap muzik rock dunia ini nyata membuatkan peminatnya di Malaysia tidak sabar menunggu persembahan dari kumpulan muzik popular dunia ini.

Konsert Guns N Roses Not In This Lifetime yang berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon malam tadi turut dihadiri lebih 20,ooo peminat tegar mereka. Dianggotai oleh AXL Rose, Slash, dan Duff McKagan, konsert ini terus dihangatkan dengan persembahan lagu pembukaan It’s So Easy, Mr Brownstone dan Chinese Democracy. 

Sumber : Google

Jelajah Guns N Roses Not In This Lifetime, sebelum ini berada di Jakarta, Indonesia, serta Manila dan Filipina sebelum melengkapkan siri jelajah mereka di Taiwan dan Hong Kong. 

Antara lagu-lagu hebat Guns N Roses yang dipersembahkan sepanjang konsert malam tadi antaranya, November Rain, Better, Estranged, Rocket Queen, Live and Let Lie, You Could Be Mine, This I Love, Civil War, dan Sweet Child Of Mine. Manakala lagu, Knocking On Heaven dinyanyikan sebagai lagu penutup untuk konsert pada malam tersebut.

Salma Syahbuddin