Replicated Draft By: Nabihah August 3, 2023 @ 12:15pm

Ubat Gigi Yang Boleh Digunakan Tanpa Was-Was? Ini Cerita Menarik Tentangnya!

“Gunakan tanpa was-was”

Haa.. Korang yang lahir tahun 90-an ingat lagi tak dengan tagline ni? Tak lain dan tak bukan, ini la tagline popular daripada jenama ubat gigi Zaitun. Ubat gigi ni sangat ikonik pada tahun 90-an tau.

Tapi rasanya kita dah lama tak dengar cerita pasal ubat gigi Zaitun ni kan?

Ubat gigi Zaitun secara rasminya kini kembali di pasaran dengan wajah baru!

Korang dah dengar cerita tentang ubat gigi Zaitun? Katanya nak buat comeback. Eh, tak sangka pulak! Kali ni ubat gigi Zaitun kembali di pasaran dengan wajah baru secara rasmi. Wah!

Eh, ubat gigi Zaitun ke? Teringat masa budak-budak dulu!

Pada korang yang masih ingat produk Zaitun, mesti teruja tengok Zaitun dah buat comeback!

Pernah jadi jenama halal & mesra muslim pertama di Malaysia

Selamat digunakan tak? Memang selamat. Sampai sekarang ubat gigi Zaitun dijamin 100% halal. Paling hebat lagi, ia pernah menjadi jenama halal dan mesra Muslim pertama di Malaysia pada suatu ketika dulu tau.

Bukan setakat golongan dewasa je boleh menggunakannya. Ubat gigi Zaitun juga selamat digunakan oleh golongan kanak-kanak kerana tiada sebarang kandungan flourida didalamnya. Adik-adik jangan risau okay?

Produk berkualiti tinggi, lebih 40 tahun pengalaman dalam industri!

Dalam tak sedar, sebenarnya jenama Zaitun dah mempunyai lebih 40 tahun pengalaman dalam industri penghasilan produk kecantikan dan penjagaan diri. Jenama ni terkenal dengan memiliki produk berkualiti tinggi. Fuh!

Walaupun dah lama tak dengar cerita tentang ubat gigi Zaitun, kualiti dan keselamatannya masih dikekalkan. Bukan tertumpu pada pengguna muslim je, tapi kali ni ia mampu dimiliki semua dan terhasil untuk semua pengguna.

Kotoran degil pada gigi hilang, mulut juga segar sentiasa!

Ubat gigi Zaitun dah wajah baru, kualiti dah semestinya lebih baik. Dengan formula yang dipertingkatkan, ia mengandungi bahan asas dalam penghasilan ubat gigi yang memberi pelbagai manfaat terhadap penjagaan mulut. Bagusnya!

Ubat gigi Zaitun membantu menghilangkan kotoran degil dan serpihan pada permukaan gigi yang berpunca dari minuman seperti kopi dan teh, aktiviti merokok dan sebagainya. Ia juga mengandungi bahan-bahan yang membantu mengekalkan kesegaran mulut dalam jangka masa panjang.

Senang cerita, dengan ubat gigi Zaitun, gigi jadi lebih bersih dan mulut pun sentiasa segar.

2 jenis ubat gigi berwajah baru, harga mampu milik!

Kali ni Zaitun mengeluarkan dua jenis ubat gigi iaitu Ubat Gigi Pemutih (Whitening) dan Ubat Gigi Pudina Tambahan (Extra Mint). Nanti akan ada lagi pelbagai jenis ubat gigi Zaitun di pasaran. Ubat gigi khas untuk kanak-kanak pun ada. Tunggu tau!

Bukan setakat berkualiti, malah ubat gigi Zaitun dijual dengan harga berpatutan dan mampu milik.

Di mana nak dapatkan ubat gigi Zaitun?

Anda boleh dapatkan ubat gigi Zaitun di pasaraya tempatan, kedai koperasi dan kedai runcit berdekatan seperti Segi Fresh, The Store, Pasaraya Pacific, Ikhwan Mart, Lesong Mart, Pasaraya Darussalam dan Malakat Grocer.

Kalau tak jumpa, korang boleh beli secara online di Shopee dan TikTok Shop mereka.

Zaitun ni dikenali ramai. Famous sangat sampaikan seluruh rakyat Malaysia tahu lagu dan liriknya. Siap boleh nyanyi sekali!

Ku kenali kesucianmu aneka jenis barangan bermutu
Zaitun, dari dulu sampai sekarang, keunggulanmu tetap berkekalan, penuh dengan keyakinan.
Zaitun suci, Zaitun segar, Zaitun tetap sejati

Zaitun, Zaitunnnnn…

Zaitun, gunakan tanpa was-was

Haa.. Jangan lupa follow TikTok mereka di @zaitun.official dan Facebook mereka di Facebook Zaitun Industry. Banyak content kelakar dan menarik yang korang boleh tonton di situ. Serius terhibur!

Nak info lebih lanjut tentang produk yang dikeluarkan oleh Zaitun? Korang boleh hubungi mereka di talian 03-6242 2055atau e-mail ke [email protected]. Korang juga boleh terus ke laman web di www.zaitunbeauty.com. Gunakan tanpa was-was!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Dec 2023

Takut Diserang Strok Kali Kedua, Esma Daniel Nekad Berhenti Merokok

Harapnya kesihatan abang Esma makin sihat Amin🤲🏻

Hiburan Wed, 12 Jul 2023
Hiburan Mon, 15 Jan 2024

“Saya Sudah Penat” – Hetty Koes Endang Mahu Berehat Dari Konsert, Hanya Terima ‘Job’ Untuk Program Amal Sahaja

Yer lah, dah 53 tahun dalam industri seni…dah berapa puluh konsert join, album pulak ada 150! Fuhh…memang kagum!

Replicated Draft Fri, 7 Jul 2023

Neelofa Dan PU Riz Pilih Kerjasama dengan Fellera Skin

Produk kecantikan dan kesihatan, Fellera Skin baru-baru ini mengumumkan kerjasama mereka dengan pasangan selebriti terkenal Neelofa dan suaminya, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz bagi menjayakan kempen kecantikan dan kesihatan melalui produk Jelly […]

Featured Thu, 3 Jun 2021

Sistem Kesihatan Mungkin Lumpuh Sepenuhnya Menjelang 5 Jun

Sistem perkhidmatan kesihatan negara boleh lumpuh menjelang 5 Jun ini sekiranya sekatan pergerakan menyeluruh tidak dilakukan. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, ia unjuran situasi terburuk di Malaysia memandangkan kadar jangkitan harian semakin […]

Trending Sun, 17 Jan 2021

Tarikh Pembayaran BPR 2021 & Kadar Bantuan

Jangan terlepas tarikh-tarikh penting ni!