Featured By: Salma Syahbuddin September 21, 2023 @ 11:48am

Berjubah Hitam & Menutup Aurat Dengan Sempurna, Netizen Kagum Dengan Zizi Kirana -“Ini Perubahan & Pengorbanan Yang Dicemburui”

Penyanyi Zizi Kirana mencuri perhatian selepas sepotong video pendek memaparkan penampilannya berjubah hitam dan memakai tudung labuh berona sama tular di TikTok.

Menerusi perkongsian tersebut, Zizi kelihatan turut mengenakan sarung tangan dan menutup auratnya dengan sempurna.

@kir4n4 @Munawwareen ♬ original sound – Zizi Kirana

 

Melihat perubahan yang berlaku terhadap pelantun lagu Eh itu, rata-rata warganet memuji perubahan dan pengorbanan yang ditunjukkan Zizi.

“Ini adalah pengorbanan dan perubahan yang dicemburui.

“Mashaa-Allah kasih sayang Allah tu hebat, moga Zizi kekal istiqamah.

“Suka tengok perubahan Zizi. Mashaa-Allah.

“Teringinnya nak berubah macam ni. Sejuk hati rasa.

“Semoga Zizi diberi kekuatan dalam pengorbanan ini.

“Teringin sangat nak jadi macam Zizi. Untung awak Allah hadirkan suami yang terbaik,” komen netizen.

Terdahulu, Zizi pernah memaklumkan, dia lebih selesa tampil dengan imej berniqab, namun kerjayanya belum membolehkannya untuk tampil dengan imej sedemikian.

“Sebenarnya saya memang suka berniqab, cuma saya tahu kerjaya saya ini belum membolehkan saya untuk ke arah itu (berniqab).

“Berniqab ini pun bukan wajib, jadi ia pilihan kita untuk pakai atau tidak. Yang penting kita tidak mencemarkan imej wanita berniqab. Disebabkan itu kita kena berhati-hati.

“Itu yang bila nampak saya sekejap berniqab dan sekejap tidak, doakanlah saja yang baik-baik. Tak perlu nak komen yang tidak baik,”katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Zizi Kirana Selesa Dengan Imej Berniqab, Suami Beri Sokongan – “Yang Penting Kita Tak Cemar Imej Wanita Berniqab”

ARTIKEL BERKAITAN:”Saya Memang Tak Suka Kongsi Hal Peribadi” – Zizi Kirana Selesa Hidup Bersederhana

ARTIKEL BERKAITAN:Enggan Ulas Isu Artis Buka Tudung, Zizi Kirana Akui Kekal Istiqamah Satu Cabaran

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 7 Sep 2018

任贤齐暴肥26公斤!放话10月来马前会瘦下来

任贤齐继去年售罄的演唱会,今年将为歌迷连开两场,于10月19集20日在云顶云星剧场带来《任贤齐2018云顶演唱会》。

Featured Thu, 16 Feb 2023
Hiburan Thu, 9 Nov 2017

KURANG CERDIK? FATHIA LATIFF

Bagaimanapun, Fathia menjelaskan dalam satu komen balasnya bahawa dia bertindak sedemikian kerana terdapat segelintir komen yang ditinggalkan oleh netizen tidak senonoh.

Trending Wed, 11 Jul 2018

Jho Low Tidak Lagi Di Macau

PDRM menerima emel daripada pihak berkuasa negara berkenaan dua hari lalu memaklumkan mengenai status serta lokasi terkini Jho Low.

Trending Fri, 19 Oct 2018

Ibu Saudara Sebak…Niat Beli Roti Berakhir Dengan Tragedi

Al- Fatihah buat Allahyarham Wan Amirah Wan Alias…

Hiburan Sat, 20 Jan 2024
Hiburan Mon, 29 Jan 2018

SCAMMER TRICKS JINNYBOY AND WIFE INTO BUYING FAKE JAY CHOU CONCERT TICKETS

As fans of a singer, we would definitely jump at any opportunity to get our hands on concert tickets. Unfortunately, evil scammers also use this as a chance to trick people into buying fake tickets.

Featured Thu, 6 Jul 2023