Categories: Trending

Usus Wanita Ini Luka Gara-Gara Suka Makan Ramen

Mengimbau kembali tahun-tahun sebelum ini, Ramen pernah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Rasanya yang pedas telah mencetuskan fenomena sehinggalah wujudnya #ramenchallenge. Memang ramailah yang share video di laman sosial, mereka sedang menyahut cabaran dengan menikmati mi Ramen yang super pedas itu.

Tapi, tahukah anda bahawa tabiat suka makan pedas lebih lagi dengan kepedasan melampau boleh menjejaskan bahagian usus?

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Otad Al Miko telah berkongsikan kisah yang berlaku kepada isterinya yang sukakan makanan pedas terutamanya Ramen. Menurut perkongsian tersebut, kejadian itu berlaku pada 3 tahun lepas ketika Ramen sedang viral di mana isterinya mengalami usus luka kerana terlalu kerap makan mi Ramen.

Isteri makan mee ramen tiap-tiap minggu

Doktor kata usus telah luka

Dinding usus luka akibat makanan pedas

Kesimpulannya, tak salah untuk anda menikmati makanan pedas, tapi biarlah berpada-pada. Walau sedap macam mana sekalipun, janganlah sampai boleh memudaratkan kesihatan anda. Lebih baik kita mencegah daripada kita mengubati!

Sumber: Faceboook

tex_admin