Categories: Trending

Utamakan Aktiviti Ekonomi Seiring Pembukaan Sektor Lain – Pakar

Peguam bela dan Peguam cara, Datuk Salehuddin Saidin memberi pendapat bahawa perlu dirangka pelan terperinci untuk merancakkan kembali aktiviti ekonomi negara seiring pembukaan sektor demi sektor mengikut fasa, seperti yang diumum dalam Pelan Pemulihan Negara baru-baru ini.

Beliau berkata melihat pelan yang dibentangkan ianya hanya menggariskan pembukaan semula aktiviti sektor-sektor, bagaimanapun tiada secara spesifik menyatakan langkah yang perlu diambil untuk menjana kembali pendapatan negara.

“Apabila pemulihan ekonomi negara berlaku, maka secara automatik ekonomi rakyat akan pulih.
“Jadi antara faktor yang boleh diketengahkan adalah yang pertamanya, kerajaan perlu satu rancangan satu pelan bagi merancakkan semula sektor-sektor pembuatan, perkhidmatan, perkilangan, pertanian dan sebagainya,”katanya.
Tambahnya lagi,  satu dasar pelaburan yang konsisten untuk meyakinkan dan melindungi pelabur yang menjalankan urus niaga di negara ini perlu diwujudkan.
“Sekarang ini rakyat tak tahu, selain daripada apa yg kerajaan telah pamerkan, mungkin ada pandangan pihak-pihak tertentu yang merasakannya tidak cukup”
“Maka perlukan idea-idea luar daripada pihak pembangkang untuk dicetuskan dalam sidang Parlimen untuk dibahaskan, dan diambil perkara-perkara yang baik untuk tujuan dilaksanakan oleh pihak kerajaan apabila Parlimen kembali bersidang”
Sumber : Awani
Salma Syahbuddin