Categories: Trending

(Video) 78 Orang Rakyat Malaysia Di Wuhan Akan Dibawa Pulang, 26 Hospital Sedia Untuk Kuarantin Pesakit

Terbaru, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk membawa pulang seramai 78 orang rakyat Malaysia yang berada di Wuhan, Cina untuk dibawa pulang susulan novel Coronavirus yang menyerang bandar itu. 

Rakyat Malaysia akan dikuarantin selama 14 hari sebelum dibenarkan pulang ke rumah

Selain itu, rakyat Malaysia yang bakal pulang akan diperiksa tahap kesihatan secara teliti. Sekiranya mereka menunjukkan tanda atau simptom-simptom Coronavirus mereka akan dikuarantin sebelum 14 hari sebelum dibenarkan pulang ke rumah. 

Sebanyak 26 kemudahan fasiliti perubatan disediakan oleh Kementerian Kesihatan untuk memberikan rawatan dan kuarantin buat individu yang mempunyai simptom Coronavirus. 

Malaysia berhasrat menghantar bekalan makanan dan keperluan lain buat rakyat Malaysia di Wuhan

Dalam pada  itu, Malaysia akan mengambil inisiatif dan berhasrat untuk menyediakan bekalan makanan serta beberapa keperluan lain seperti topeng muka dan sarung tangan buat rakyat Malaysia yang berada di Wuhan. 

“Sekiranya pihak negara China memberi keizinan, kami akan menghantar pesawat untuk mengagihkan bekalan makanan dan beberapa barang keperluan lain buat rakyat Malaysia di sana”, ujar Tun Mahathir Mohamad.

Sehingga kini, seramai 7 orang individu di Malaysia dilaporkan positif novel Koronavirus. Individu tersebut merupakan rakyat Wuhan yang datang melancong ke Malaysia. 

Kredit foto: The Sun Daily

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”