Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 23, 2024 @ 3:22pm

[VIDEO] “Adik Selalu Doa, Dosa Papa Bagi Dekat Adik…” – Marissa Dania Mohon Ampun Pada Norman Hakim Sentuh Hati Ramai

Konflik anak pelakon, Norman Hakim iaitu Marissa Dania yang telah menjadi isteri kedua kepada jejaka bernama Aslam menjadi bualan hangat baru-baru ini.

Malah, Marissa dikatakan tidak pulang ke rumah selepas berkahwin bersama Aslam pada Disember lalu.

Terkini, Norman memuat naik paparan video bersama anak perempuannya itu bagi menyambut Aidilfitri bersama, sekaligus mempromosikan produk makanan.

Apa yang menyentuh hati adalah Norman gagal menahan sebak lebih-lebih lagi saat Marissa memohon ampun kepadanya.

ā€œAdik minta ampun, minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki,ā€ katanya.

Dalam hantaran sama juga, Norman berkongsi sebuah video yang selalu ditonton olehnya ketika dia merindui Marissa.

Video tersebut menunjukkan kata-kata yang ditulis oleh Marissa kepada bapanya.

ā€œBila papa rindu adik, papa selalu tengok video ni.

ā€œā€™Adik selalu doa supaya dosa papa bagi dekat adik. Pahala adik bagi dekat papa sebab adik sayang papaā€™,ā€ paparan kata Marissa yang tertera dalam kad ucapan tersebut.

Marissa Dania

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berharap agar Marissa tidak mengetipkan keluarganya lagi dalam apa jua keadaan.

Malah, ramai yang turut mendoakan agar hubungan bapa dan anak ini akan terus dipelihara.

Marissa Dania Marissa Dania

Sebelum ini, nama Marissa hangat menjadi perbualan ramai di media sosial selepas heboh berita perkahwinannya bersama Aslam di Songkhla, Thailand pada 26 Disember lalu.

Lebih menyedihkan, Marissa dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan ibu bapanya, Norman dan Abby Abadi.

Bagaimanapun, konflik antara mereka sekeluarga dipercayai sudah selesai apabila Aslam dan Marissa datang beraya bersama keluarga besar Norman dan isteri, Memey Suhaiza serta Abby Abadi dan suami.

Artikel Berkaitan:Ā Beraya Bersama Famili Besar, Marissa Dania Kongsi Foto Dengan Suami Buat Pertama Kali

Artikel Berkaitan:Ā Tampil Mohon Maaf, Marissa Dania Akhirnya Buka Mulut Isu Kahwin Senyap Di Thailand ā€“ ā€œTak Larikan Diri, Ini Jalan Saya & Aslam Pilihā€

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Oct 2018

Terkejut Ragaman Terus BOOM, Faizal Tahir Berterima Kasih Dengan Nabila Huda

Dalam pada itu, penyanyi berusia 39 tahun ini amat berterima kasih kepada pelakon Nabila Huda yang berganding sama dalam muzik video Ragaman.

Hiburan Fri, 20 Sep 2019

Fasha Akhirnya Bagi ‘Hint’ Jawab Teka Teki…

Wahhh…jika betul, tahniah kami ucapkan!

Hiburan Mon, 22 Jan 2018

PANAS! PAPAGOMO SEMBANG LUCAH DENGAN SKANDAL SPESIS SAJAT

Papagomo menyatakan bahawa beliau pernah bertemu dengan Tonn beberapa kali sebelum ini

Hiburan Tue, 1 Aug 2023
Hiburan Mon, 20 Nov 2023

Netizen Kecam Aina Abdul Tak Batal Konsert.. Rupanya Ada Yang Tak Tahu Sebahagian Jualan Tiket Disumbangkan Untuk Palestin

Orang cakap, kaji dulu sebelum nak serang! Aina siap lancarkan sumbangan lagi tau sewaktu ANWAA 3.0

Trending Mon, 7 Oct 2019

Tol Tidak Jadi Di Hapuskan Betul Ke?

Apa yang terkandung di manifesto dan pemahaman tidak sama?

Featured Sat, 24 Jul 2021

“Netizen Jangan Taasub Dan Cuba Jadi Hakim..”- PU Syed Tegur Netizen Isu Ebit Lew & Caprice

Isu melibatkan misi bantuan kemanusiaan antara Ebit Lew dan Caprice semakin hari semakin mendapat perhatian ramai. Malah, kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Ebit Lew mahupun Caprice tidak menunjukkan tanda-tanda mereka akan menemui jalan penyelesaian. Walaubagaimanapun, […]

Hiburan Wed, 7 Jun 2023

Padam Gambar Pakai Baju Ketat, Hawa Rizwana Mengaku Masih ‘Belajar’

Moga perkara ni dijadikan pengajaran untuk Hawa ye..