Hiburan By: Maya Basir August 1, 2023 @ 5:13pm

Kejadian Tumpah Pengilat Kuku Buka Pintu Rezeki Baru, Tomok Tak Sangka Ditaja Untuk Konsert New Boyz Di Singapura!

Penyanyi Tomok tidak menyangka kejadian anak perempuannya menumpahkan pengilat kuku di butik pakaian berjenama, Levis pada April lalu membuka pintu rezeki yang baru.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Tomok atau nama sebenar Shah Indrawan Ismail memberitahu dihubungi butik pakaian tersebut yang berhasrat untuk menaja kumpulan New Boyz untuk membuat konsert di Singapura pada September.

“Beberapa bulan lepas ada satu kejadian anak saya tertumpah pengilat kuku di kedai ini.

“Pada hari ini, saya datang balik kerana kita dapat panggilan menyatakan mereka nak taja pakaian pasukan New Boyz untuk konsert di Singapura.

“Setiap seorang akan dapat set lengkap iaitu baju, seluar dan jaket daripada kedai ini,” katanya.

Menurutnya lagi, dia sangat bersyukur dengan rezeki dan tawaran yang diberikan ini.

“Terima kasih, memang tak sangka dengan rezeki ini.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Jadi semua ahli New Boyz akan pakai pakaian ini untuk konsert di Singapura,” ujarnya.

Terdahulu, Tomok terpaksa membayar ganti rugi berjumlah RM5,593 selepas anaknya tidak sengaja menumpahkan pengilat kuku pada baju dan seluar di butik berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Anak Tertumpahkan ‘Cutex’ Pada Seluar & Baju Jenama Terkenal, Tomok Bayar Ganti Rugi Cecah Lebih RM5,000… Syukur Ada Yang Beli Semula!

Terkini, New Boyz sedang membuat persiapan untuk konsert New Boyz: Sejarah Mungkin Berulang Live in Singapore pada 9 September 2023 di panggung Star Theatre, Singapura.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 5 Apr 2023
Featured Wed, 12 Oct 2022

[VIDEO] Individu Dakwa ‘Bandana’ Mirip Tanda Salib, Peminat Backup Anna Jobling

Ada bunga putih la gaisss, bukan tanda salib tu. Tapi comel ek Anna menari hee 🥰🥰

Tech News Sun, 6 May 2018

7 Perkara Menarik Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Permainan Video

Permainan video merupakan salah satu industri yang berjaya di Amerika Syarikat dan bekas Presiden Obama melakukan langkah bijak untuk memanfaatkannya.

Hiburan Fri, 5 Jan 2018

TAEYANG TIE THE KNOT 3 FEBRUARI INI?

Taeyang dan Hyo Rin juga dikatakan bakal mengadakan upacara perkahwinan mereka secara tertutup dan akan dihadiri oleh teman-teman rapat mereka sahaja

Hiburan Wed, 10 Oct 2018

Natasha Hudson Mengaku Dah Kembali Single

Natasha dan penyanyi dan komposer muzik, Carleed berkahwin pada April 2012 dan ia adalah perkahwinan ketiganya.

Hiburan Thu, 24 Nov 2022