Hiburan By: Padin December 20, 2023 @ 2:03pm

“Sekarang Ni, Bila Layak Ke AJL, Rasa Gembira & Bersemangat” – Kena Kecam Sendu, Shiha Zikir Buktikan Lagu Kalam Mara Ke AJL38

Membawa mandat dua buah lagu pada peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38) yang berlangsung baru-baru ini, Shiha Zikir sebak apabila karya etnik nyanyiannya, Kalam diumum mara ke pentas keramat Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38)

Menurut Shiha, dia bersyukur tatkala mendengar lagu Kalam nukilannya sendiri bersama komposer muda Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves berjaya lolos.

“Sebenarnya dari peringkat separuh akhir lagi saya berasa sebak dan terharu kerana ramai peminat sedar kewujudan lagu Kalam dan mengundinya hingga ke tahap ini.

“Sekarang ni bila layak ke AJL, rasa gembira dan bersemangat memandangkan lagu ini sangat bermakna buat saya kerana ia sebuah lagu tradisional fusion.

“Saya memang nak sangat lagu-lagu berentak tradisional macam ni layak ke peringkat tertinggi seperti AJL,” ulasnya.

Ditanya tentang cemuhan segelintir warganet yang melabelkan Kalam sebagai sebuah lagu sendu, Shiha bagaimanapun tenang memberikan responsnya.

Katanya, dari dulu sampai sekarang, prinsipnya sama sahaja iaitu mementingkan kualiti berbanding kuantiti.

“Jika benar sambutannya sendu, tak mungkin lagu ini akan dipilih sebagai 30 buah karya di peringkat separuh akhir kerana untuk berada di SFMM, ia perlukan undian yang cukup daripada peminat,” jelasnya.

Terdahulu, terdapat beberapa pihak mempertikaikan kemasukan Shiha ke peringkat akhir AJL38 yang disifatkan terlalu kerap sejak AJL35.

“Kali pertama sewaktu AJL35, saya masuk sebab menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu 7 Nasihat.

“Pada edisi AJL36 barulah buat julung kalinya saya lepas ke pentas akhir dengan lagu nyanyian sendiri iaitu AEWO bersama Noki.

“Tahun lepas adalah yang kedua kalinya menerusi lagu Irama. Itupun saya cuma menang kategori Persembahan Terbaik, bukannya menang keseluruhan,” ulasnya memberi pencerahan.

Menurutnya lagi, setiap kali menghasilkan karya baharu, dia memang meletakkan AJL sebagai penanda aras dalam memastikan kesemua lagu-lagu yang dihasilkan berkualiti selain memenuhi cita rasa pendengar. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 10 Apr 2023

Nafi Bersekedudukan Dengan Shila Amzah, Ubai Lali Kerap Ditanya Soalan Sama

Tak baik kata macam tu… bulan puasa kot ni😤

Trending Fri, 3 Aug 2018

Air Terjun Setinggi 108 Meter Dalam Gedung Pencakar Langit

Liebian International Building yang terletak di Guiyang, China bahagian Barat Daya mempunyai air terjun buatan yang paling tinggi 108 meter

Trending Thu, 28 Dec 2023

Misteri Ibu Tunggal Hilang, Kakak Mangsa Syak Teman Lelaki Bersubahat

Semoga Bella ditemui dalam keadaan selamat🤲🏻

Hiburan Mon, 2 Aug 2021

Tak Lagi Bersendiri, Alif Satar Selesa Dengan….

Penyanyi, pengacara dan pelakon, Alif Satar mengakui tidak lagi sendiri dalam mewarnai karier muziknya. Semakin selesa bergerak secara berkumpulan bersama The Locos, mereka kini dikenali dengan nama Alif Satar & The Locos. “Sejujurnya, sebagai seorang […]

Hiburan Thu, 2 Jan 2020

黄明志创造奇迹!吉隆坡站倒数跨年演唱会万人力挺门票完售

2020黄明志创造奇迹 「4896 FINAL CALL 吉隆坡站 倒数跨年演唱会」万人力挺门票完售圆满成功!