Categories: Trending

[VIDEO] Kolaborasi Faizal Tahir, TV3 Dan Faithmen Lakukan Kerja Amal Atas Talian Sentuh Emosi Netizen

Tidak dinafikan, sejak penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat Malaysia bukan saja perlu berhadapan dengan masalah wang dan pekerjaan, malah mereka juga mengalami tekanan emosi untuk meneruskan kelangsungan hidup lebih-lebih lagi bagi golongan yang kurang upaya.

Para sukarelawan yang rela berkorban membantu golongan yang lebih memerlukan wajar diberi penghargaan kerana mereka juga perlu berkorban masa dan kehidupan mereka untuk memastikan keselesaan hidup orang lain.

Inisiatif amal TV3, Faizal Tahir dan Faithmen

Baru-baru ini, pihak TV3 dan #iamFaithmen berganding bahu memberi sokongan moral dan menyuntik semangat positif kepada golongan ini dengn cara melakukan panggilan video untuk melihat, mendengar dan menyelami perasaan serta emosi mereka. 

Penyanyi Faizal Tahir telah berkongsi pengalaman TV3 dan #iamFaithmen melakukan kerja-kerja amal dalam tempoh PKP melalui panggilan video. Menerusi video ini, kita juga dapat mengetahui kisah-kisah diceritakan oleh golongan kurang upaya dan para sukarelawan yang sangat menyentuh emosi .

4 klip video telah  dihasilkan untuk memaparkan inisiatif amal TV3 bersama dengan #iamFaithmen. Korang boleh saksikan video tersebut di laman media sosial Facebook dan IGTV TV3 atau di bawah ini.

Dalam kesukaran kita mengadaptasi norma baru ketika ini, masih ramai lagi golongan yang perlu menghadapi situasi yang lebih sukar berbanding kita. Semoga kita semua sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Selamat Hari Raya Aidilftri daripada kami untuk korang semua. Maaf zahir dan batin!

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover