Categories: Eat TravelFeatured

Rumah Kebun, percutian semula jadi yang mengasyikkan

Mencari sebuah percutian desa yang mendamaikan untuk seisi keluarga berkumpul? Apa kata singgah di Rumah Kebun, lokasi percutian peribadi yang indah dan mewah.

Kredit gambar: Facebook Rumah Kebun

Kredit gambar: Facebook Rumah Kebun

Rumah Kebun yang terletak di lembah Kampung Sungai Semungkis, Hulu Langat, Selangor pastinya menjanjikan suasana percutian semula jadi yang tidak dapat dilupakan dan tersemat rapat di hati semua.

Kredit gambar: Facebook Rumah Kebun

Hanya 28 kilometer pemanduan dari pusat bandar Kuala Lumpur, vila penginapan yang ditawarkan mampu menampung sehingga 16 tetamu. Rumah Kebun mempunyai sebanyak empat bilik air, empat bilik dengan 11 katil di dalam bilik tidur yang serba lengkap.

Kredit gambar: Facebook Rumah Kebun

Dikelilingi alam semula jadi dengan pokok-pokok yang tumbuh mekar, percutian anda sekeluarga pasti penuh mengujakan. Mengetengahkan konsep kedesaan dan minimal, atmosfera di Rumah Kebun bakal menambahkan lagi kedamaian penginapan.

Kredit gambar: Facebook Rumah Kebun

Kredit gambar: Facebook Rumah Kebun

Udaranya yang bersih dan segar, bunyi deruan sungai serta kicauan burung, pastinya akan menjanjikan suasana luar yang sempurna untuk ketenangan jiwa, jauh dari kesibukan kota.

Kredit gambar: Facebook Rumah Kebun

Pelbagai aktviti menarik boleh dilakukan di sana antaranya menikmati mandian yang menyegarkan dalam kolam renang daripada sumber air mata air semula jadi. Anda juga boleh berendam dalam air yang jernih Sungai Semungkis yang mengalir segar di kawasan Rumah Kebun.

Selepas bermandi-manda pastinya perut akan lapar dan aktiviti barbeku bersama-sama keluarga pasti menyeronokkan.

Rumah Kebun turut menyediakan dapur yang berkonsep terbuka dan serba lengkap dengan pelbagai kemudahan memasak.

Kredit gambar: Facebook Rumah Kebun

Bagi yang meminati aktiviti mencabar, boleh mendaki menuju ke kawasan air terjun untuk meniikmati pemandangan yang indah. Di situ, anda juga boleh memberi makan kambing dan ayam kampung, aktiviti yang pasti membuatkan anda merindui suasana kampung.

Kredit gambar: Facebook Rumah Kebun

Harga penginapan di Rumah Kebun adalah sekitar RM 1,500 ke RM 2,000 untuk dua hari satu malam. Pertanyaan lanjut boleh e-mel ke rumahkebun.enquiry@gmail.com.

Ad Ops